Berita Harian

Malaysia sedia terima semua FDI tertakluk peraturan

-

Kerajaan akan terus terbuka menerima sebarang pelaburan langsung asing (FDI) termasuk dari China, namun ia perlu menghormat­i peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Malaysia.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Malaysia sentiasa mengalualu­kan kemasukan pelaburan asing bagi membantu membangunk­an infrastruk­tur serta perkembang­an ekonomi secara menyeluruh di negara ini.

“Kita sentiasa mengalu-alukan FDI dari seluruh dunia termasuk China. Kami mahu pelabur asing dari seluruh dunia membawa masuk modal, mewujudkan pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan memindah teknologi ke negara ini.

“Malaysia akan terus menyokong mereka (pelabur asing), namun kita mempunyai dasar yang perlu mereka hormati bagi memastikan kerjasama pelabur asing termasuk China dengan Malaysia terus kukuh.

“Itulah asas dan prinsip negara yang harus dihormati oleh semua pihak,“katanya kepada media selepas melancarka­n Laporan Bersama ‘Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Asia Tenggara’ oleh CIMB ASEAN Research Institute dan Pusat Hal Ehwal Antarabang­sa, Diplomasi dan Strategi (IDEAS) LSE serta Siri Perbincang­an Panel Meja Bulat ASEAN di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah, Pengerusi CIMB ASEAN Research Institute, Tan Sri Dr Munir Majid; dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, FDI yang dibawa ke Malaysia, seharusnya mewujudkan nilai tambah kepada negara termasuk peluang kepada rakyat atau perniagaan tempatan untuk terus berkembang.

“Kita mahu memastikan pelabur asing menjadikan Malaysia sebagai destinasi akhir pelaburan mereka merangkumi suntikan modal bagi memacu pertumbuha­n ekonomi seterusnya menghubung­kan negara dengan negara lain termasuk di ASEAN dan bahagian lain di dunia,” katanya.

Wujudkan garis panduan

Sementara itu, Munir berkata, ASEAN dan China perlu bekerjasam­a rapat bagi memastikan kejayaan BRI di rantau ini.

Beliau turut mencadangk­an pasukan petugas bersama diwujudkan oleh ASEAN dan China dengan ia diwakili pegawai kerajaan dan swasta bagi mewujudkan garis panduan tahap tinggi dari segi prinsip dan amalan dalam projek BRI rantau ini.

“Pasukan petugas ini juga akan menyelaras Pelan Induk Perhubunga­n ASEAN (MPAC) 2025 menerusi BRI, supaya pembanguna­n infrastruk­tur serantau dilaksanak­an secara teratur,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n lima garis panduan MPAC 2025 iaitu infrastruk­tur mampan, inovasi digital, logistik lebih lancar, kecemerlan­gan kawal selia dan mobiliti mampu menjadikan BRI sangat jelas dalam proses mengangkat rantau ini ke tahap pembanguna­n infrastruk­tur yang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia