Berita Harian

Pusat sumber ceria jadi tumpuan

-

Kuala Lumpur: Pusat sumber yang kondusif, ceria dan menarik pastinya mampu menjadi tarikan kepada pelajar untuk mengulang kaji pelajaran, terutama bagi calon peperiksaa­n penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Guru Perpustaka­an dan Media Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendeta Za'ba, Seremban, Encik Mohd Loqmanul Hakim Kamaruldza­man, berkata pusat sumber berperanan penting khususnya dalam menyediaka­n akses maklumat dan bahan bacaan ter- kini kepada pelajar.

Katanya, pusat sumber yang diketengah­kan adalah bercirikan abad ke-21 dan berkonsep mesra pelajar iaitu bahan bacaan sama ada bercetak atau digital dapat diakses dengan mudah mengikut label yang disediakan.

“Pelajar dapat meminjam buku rujukan melalui sistem pinjaman pada sudut yang dipanggil white spot yang mana mereka boleh meminjam buku rujukan selama tiga hari serta memperbaha­rui pinjaman mereka.

Pusat sumber terbaik

“Setiap sudut dan rak dilabel dengan jelas supaya memudahkan pelajar dan guru mencari bahan bacaan yang dikehendak­i untuk persediaan menghadapi peperiksaa­n SPM,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Encik Mohd Loqmanul Hakim berkata, lebih membanggak­an, pusat sumber sekolahnya turut dinobatkan sebagai johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018, baru-baru ini.

“Kami juga menjalin kerjasama baik dengan unit bimbingan dan kaunseling serta panitia mata pelajaran sekolah khususnya bagi menyediaka­n bahan rujukan bersesuaia­n, sekali gus menepati silibus peperiksaa­n terkini.

“Selain itu, koleksi soalan SPM terdahulu dijadikan bahan latihan tambahan kepada calon SPM, malah kami yakin kolaborasi ini mampu memberi impak positif terhadap kecemerlan­gan akademik pelajar di sini,” katanya.

 ??  ?? Pelajar sedang membuat rujukan dan mengulang kaji pelajaran di pusat sumber sekolah.
Pelajar sedang membuat rujukan dan mengulang kaji pelajaran di pusat sumber sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia