Berita Harian

Latih buat keputusan dalam masa singkat

Amirul Haikal cadang lanjut pengajian tinggi dalam bidang teknologi automotif

-

Shafii serta Pengetua SMK Orkid Desa, Encik Abd Samad Othman. Mereka sentiasa memberikan semangat untuk saya menerokai sukan ini dengan lebih mendalam. Walaupun pada awalnya berhadapan sedikit kesukaran terutama untuk menguasai teknik permainan, berbekalka­n semangat tinggi, lamakelama­an, perkara itu dapat diatasi dengan sebaiknya.

Apakah keistimewa­an aktif dalam sukan ini?

Sukan ini mengandung­i banyak kelebihan kepada pelajar, terutama meningkatk­an keberanian dan yakin dengan kemampuan diri. Selain itu, sepak takraw dapat membentuk amalan gaya hidup sihat pelajar dan mampu memberikan kecergasan badan serta kecerdasan otak secara berkesan. Saya juga akui fizikal dan mental yang sihat dapat membantu pelajar menguasai pembelajar­an akademik di sekolah dengan lebih baik. Di samping itu, sukan ini memupuk semangat kerjasama tinggi memandangk­an dijalankan secara berpasukan. Ini termasuk persediaan bagi menghadapi pertanding­an penting yang mana memerlukan seseorang itu membuat keputusan tepat dalam masa yang singkat.

Bagaimanak­ah anda membahagik­an masa?

Saya mengamalka­n pengurusan masa secara seimbang dengan mengutamak­an pembelajar­an akademik di sekolah. Kebiasaann­ya, sesi latihan akan dijalankan pada sebelah petang dan hujung minggu. Sehubungan dengan itu, saya turut membuat jadual harian bagi memastikan setiap aktiviti dilakukan adalah mengikut perancanga­n, sekali gus mengelak berlakunya pembaziran waktu.

Apakah harapan anda pada masa hadapan?

Harapan saya agar minat dalam sepak takraw ini dapat diteruskan ke peringkat lebih tinggi. Walaupun masih di Tingkatan Empat, saya juga melakukan persediaan awal bagi menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan. Pada masa sama, berhasrat meneruskan pengajian tinggi dalam bidang teknologi automotif di Universiti Putra Malaysia (UPM) kelak. Meskipun begitu, saya juga akan memastikan minat dalam sepak takraw tidak akan terhenti kerana masih banyak kejayaan diimpikan, terutama bagi menempa kecemerlan­gan pada peringkat antarabang­sa. Saya yakin tiada yang mustahil untuk diraih jika kita gigih untuk mendapatka­nnya.

 ??  ?? Amirul Haikal
Amirul Haikal
 ??  ?? Amirul Haikal (berdiri tiga dari kanan) bersama-sama pasukan Sepak takraw Kuala Lumpur.
Amirul Haikal (berdiri tiga dari kanan) bersama-sama pasukan Sepak takraw Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia