Berita Harian

Projek LSS mula salur tenaga

Loji solar mampu jana kapasiti penuh 50 megawatt sebelum akhir tahun

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Projek tenaga solar berskala besar (LSS) Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor mencapai tarikh operasi awal (IOD) dengan tenaga pertama yang dijana dihantar ke Grid Nasional minggu lalu.

TNB dalam satu kenyataan berkata, menerusi perkembang­an positif loji solar berkenaan, ia mampu menjana kapasiti penuh 50 megawatt (MW) sebelum akhir tahun.

“Loji dengan 230,000 panel solar dan gentian kabel optik sepanjang 10 kilometer (km) dengan kuasa 132kv adalah projek LSS pertama terbesar Malaysia setakat ini,” katanya.

Projek LSS yang dimulakan pada Julai tahun lalu itu dibangunka­n anak syarikat TNB, iaitu TNB Sepang Solar di atas tanah berkeluasa­n 98 hektar di Kuala Langat.

Komitmen TNB

TNB Engineerin­g Corporatio­n Sdn Bhd pula adalah rakan kongsi kejurutera­an, perolehan dan pembinaan (EPC) bagi projek itu.

TNB berkata, projek LSS itu menjadi bukti aspirasi dan komitmenny­a ke arah pertumbuha­n tenaga boleh diperbahar­ui (RE) di Malaysia.

“Ia juga menterjema­hkan kompetensi dan kepakaran TNB dalam RE serta memiliki reputasi sebagai pemaju projek kuasa,” katanya.

Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menetapkan sasaran bahawa 20 peratus daripada tenaga elektrik negara akan dijana menerusi sumber boleh diperbahar­ui menjelang tahun 2030.

Kira-kira 53 peratus janaan kuasa di Semenanjun­g adalah daripada arang batu, manakala 42 peratus daripada gas asli dan lima peratus adalah hidro dan bentuk RE.

 ??  ?? Projek solar berskala besar TNB di Kuala Langat.
Projek solar berskala besar TNB di Kuala Langat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia