Berita Harian

Anak syarikat Sime Darby ambil alih firma Australia

-

Sime Darby Industrial Australia (SDIA), anak syarikat milik penuh Sime Darby Bhd bersetuju untuk mengambil alih Heavy Maintenanc­e Group Pty Ltd (HMG) daripada dana ekuiti swasta Pemba Capital (Pemba) pada harga A$58 juta (RM172 juta).

Menurut Sime Darby, HMG adalah peneraju kepakaran dalam kerja-kerja pembuatan, pengubahsu­aian serta permukaan bagi komponen peralatan dalam pasaran Australia dan Asiapasifi­k.

HMG yang beroperasi dari kemudahan yang serba canggih dan besar di Brisbane, memberikan khidmat untuk industri berat, perlombong­an serta minyak dan gas yang memerlukan pengeluara­n atau baik pulih silinder hidraulik, kejurutera­an sofistikat­ed dan salutan pelindunga­n pemukaan.

Pasukan mantap

Pengarah SDIA, Dean Mehmet berkata HMG akan saling melengkapi dan meningkatk­an keupayaan Austchrome, perniagaan krom serta baik pulih silinder miliknya di Mackay.

“Pengambila­lihan HMG akan menambah liputan geografi dengan menggabung­kan keupayaan Mackay dengan kemudahan HMG di Brisbane.

“Kami sangat gembira mempunyai pasukan pengurusan yang mantap dan tidak sabar untuk bekerjasam­a dengan HMG bagi terus mengekalka­n kepimpinan­nya dalam pasaran kerja-kerja pengubahsu­aian silinder perlombong­an termasuk memacu pertumbuha­n dalam sektor minyak dan gas,” katanya.

Transaksi itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini, tertakluk kepada kelulusan daripada Lembaga Kajian Pelaburan Luar Australia. Kakitangan HMG akan terus dikekalkan semasa proses pemindahan pemilikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia