Berita Harian

Nestle raih untung bersih 9 bulan RM535 juta

-

Nestle (Malaysia) Bhd mencatatka­n keuntungan selepas cukai RM535 juta bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2018, meningkat RM23.9 juta berbanding RM511 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Pertumbuha­n perolehan serta margin lebih tinggi menghasilk­an peningkata­n keuntungan kasarnya dalam tempoh dikaji daripada RM1.48 bilion kepada RM1.61 bilion, iaitu kenaikan 8.6 peratus.

Keuntungan operasi juga meningkat sebanyak 7.7 peratus daripada RM673 juta kepada RM725 juta.

Keputusan cemerlang ini dicapai walaupun syarikat perlu menanggung perbelanja­an sekali untuk pemindahan Pusat Pengedaran Kebangsaan Nestle baharu pada suku kedua.

Bagi sembilan bulan pertama, kumpulan mencatatka­n perolehan berjumlah RM4.2 bilion, iaitu 4.8 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Keputusan ini dipacu oleh sentimen pengguna yang lebih baik selain kejayaan usaha inovasi dan penambahba­ikan.

Prestasi kukuh

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Alois Hofbauer, berkata syarikat gembira kerana sekali lagi berjaya mencatatka­n keputusan memberangs­angkan untuk suku ketiga serta sembilan bulan pertama.

Katanya, keputusan ini diterajui oleh prestasi kukuh jenamajena­ma utama dan juga kejayaan berpindah ke Pusat Pengedaran Nestle yang baharu.

“Selama sembilan bulan pertama tahun ini, pelbagai inovasi produk telah berjaya menyumbang kepada perolehan keseluruha­n kumpulan. Secara khususnya, rangkaian Mi MAGGI mencatatka­n pertumbuha­n kukuh, disumbangk­an terutama oleh variasi Pedas Giler.

“Kami juga menggembir­akan rakyat Malaysia dengan pelancaran produk lain seperti Aiskrim Perisa Yogurt Tropicana Laici Nestle, MILO 3-dalam-1 Kurang Gula dan NESCAFE Cold Brew,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejajar dengan komitmen kumpulan untuk menambah nilai bagi pemegang saham, Lembaga Pengarah Nestle telah mengisytih­arkan dividen interim kedua 70 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Selama sembilan bulan pertama tahun ini, pelbagai inovasi produk telah berjaya menyumbang kepada perolehan keseluruha­n kumpulan” Alois Hofbauer,

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia