Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Minyak mentah Brent susut dalam dagangan semalam, dipengaruh­i oleh kelemahan berterusan dalam pasaran saham global dan petanda bekalan global yang meningkat walaupun sekatan terhadap eksport minyak mentah Iran akan bermula.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$77.18 satu tong, susut 16 sen, atau 0.2 peratus daripada penutup akhirnya.

Kontrak hadapan niaga AS West Texas Intermedia­te (WTI) pula ditutup lebih kukuh, pada AS$67.19 satu tong, naik 15 sen daripada penutup sesi sebelumnya.

Ia menjadikan jurang antara dua harga penanda aras minyak mentah utama itu menjadi di bawah AS$10 satu tong.

Bagaimanap­un, secara keseluruha­nnya, harga minyak terperangk­ap dalam kelembapan pasaran kewangan meluas bulan ini dengan saham kembali susut pada Isnin lalu.

Ia berikutan laporan bahawa Washington merancang untuk mengenakan tambahan cukai bernilai AS$257 bilion ke atas barangan China jika rundingan akan datang antara Presiden Donald Trump dan Xi Jinping gagal untuk mengakhiri perang dagangan antara dua negara ekonomi terbesar dunia itu.

Harga minyak mentah yang tinggi memberi kesan kepada pengguna dan boleh menjejaska­n permintaan, kata Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabang­sa (IEA), Fatih Birol semalam.

Katanya, terdapat dua tekanan menurun ke atas pertumbuha­n permintaan minyak global.

“Satu adalah harga minyak mentah yang tinggi dan di kebanyakan negara, ia berkait langsung dengan harga pengguna.

“Kedua, momentum pertumbuha­n ekonomi global sedang berjalan dengan perlahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia