Berita Harian

FBM KLCI menokok 2.21 mata

Situasi pegangan terlebih jual pengaruhi prestasi pasaran

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam, yang bukan mengejutka­n berikutan ia daripada situasi pegangan terlebih jual, kata penganalis­is.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat kepada 1,685.94, naik 2.21 mata, daripada 1,683.73 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka tinggi 4.45 mata kepada 1,688.18 dan bergerak antara 1,680.97 dan 1,696.99 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 420 berbanding 358, dengan 391 tidak berubah, 731 tidak diniagakan dan 91 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.95 bilion unit bernilai RM1.59 bilion daripada 1.84 bilion unit bernilai RM1.42 bilion pada Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks meningkat semula semalam bersama dengan pasaran serantau.

“Ini berlaku walaupun prestasi pasaran AS lemah semalam. Mungkin kenyataan baru-baru ini daripada Presiden AS Donald Trump berhubung perjanjian perdaganga­n dengan China yang mungkin menyokong pasaran,” kata Mohd Afzanizam.

“Bagaimanap­un, alasan sedemikian mungkin tidak munasabah berikutan tiada kemajuan yang jelas pada peringkat ini. Apa yang nyata, Rizab Persekutua­n akan menaikkan kadar faedah dan sentimen perniagaan akan terjejas daripada pertikaian perdaganga­n itu,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, dari segi teknikal, Mohd Afzanizam berkata bursa dalam situasi pegangan terlebih jual.

“Oleh itu, peningkata­n semula itu mungkin bukan satu kejutan. Persoalann­ya ialah sejauh mana kemampanan peningkata­n semula itu untuk menghadapi ketidakten- tuan pasaran. Perkara itu akan terus menguasai sentimen pasaran dalam masa terdekat,” kata Mohd Afzanizam.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM9.34, Tenaga menambah 20 sen kepada RM14.30, Petronas Chemicals meningkat empat sen kepada RM9.35, manakala Public Bank merosot empat sen kepada RM24.54 dan CIMB susut dua sen kepada RM5.58.

Dalam kalangan saham aktif, Seacera dan Hubline, masingmasi­ng meningkat setengah sen kepada 21 sen dan lima sen.

Datasonic naik 4.5 sen kepada 35 sen, manakala Sapura Energy turun setengah sen kepada 32 sen dan Velesto Energy susut setengah sen kepada 25.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 19.57 mata kepada 11,574.63, Indeks FBM Emas Shariah naik 27.08 mata kepada 11,552.73 manakala Indeks FBM Ace turun 0.01 mata kepada 4,712.33.

Indeks FBMT 100 naik 17.85 mata kepada 11,437.07 dan FBM 70 melonjak 31.64 mata kepada 12,399.8.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n naik 9.58 mata kepada 7,291.8, Indeks Perkhidmat­an Kewangan meningkat 8.76 mata kepada 17,041.09 dan Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an menambah 0.45 mata kepada 168.42.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.33 bilion saham bernilai RM1.44 bilion daripada 1.23 bilion saham bernilai RM1.29 bilion dicatatkan pada Isnin.

Jumlah dagangan waran naik kepada 387.13 juta unit bernilai RM103.1 juta daripada 348.7 juta unit bernilai RM85.66 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 240.34 juta saham bernilai RM38.91 juta daripada 259.33 juta saham bernilai RM43.19 juta dicatatkan pada Isnin

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 106.55 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian dan perkhidmat­an (284.79 juta), pembinaan (62.52 juta), teknologi (322.37 juta), SPAC (395,000), perkhidmat­an kewangan (28.41 juta), hartanah (64.77 juta), perladanga­n (14.08 juta), REITS (8.6 juta), dana tertutup (39,000), tenaga (283.88 juta), penjagaan kesihatan (21.47 juta), telekomuni­kasi dan media (34.88 juta), pengangkut­an dan logistik (61.85 juta) dan utiliti (35.73 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia