Berita Harian

Pelabur harap AS, China capai sepakat

-

Kebanyakan pasaran saham Asia ditutup tinggi semalam berikutan pelabur meluahkan kelegaan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump percaya AS dan China boleh mencapai perjanjian dagangan yang hebat.

Ia sekali gus membantu meredakan kebimbanga­n berhubung laporan bahawa beliau sedang mempertimb­angkan cukai baharu ke atas semua barangan China.

Pelabur memulakan dagangan semalam dengan nota berhati-hati selepas Bloomberg News berkata Rumah Putih sedang mempertimb­angkan cukai baharu jika rundingan antara Trump dan Presiden China, Xi Jinping pada mesyuarat G20 bulan depan tidak berjaya.

Ia menamakan sumber yang enggan dikenali yang dipercayai berkata senarai sedang dibuat bagi pengumuman pada Disember ini yang akan memberi kesan ke atas barangan bernilai AS$267 bilion lagi.

Dengan AS$250 bilion yang sudah disasarkan, langkah berkenaan bermakna semua penghantar­an dari China ke AS akan dikenakan cukai.

Beijing pada satu masa lalu pernah berkata bahawa ia akan mengambil langkah balas terhadap sebarang langkah yang akan dikenakan ke atasnya dan meletakkan dua ekonomi terbesar dunia itu dalam kancah perang dagangan.

Bagaimanap­un, dalam satu temu bual yang ditayangka­n selepas itu di Fox News, Trump berkata beliau boleh membuat perjanjian yang hebat dengan China walaupun beliau berkata mungkin Beijing tidak bersedia untuk itu.

Pasaran saham Shanghai melonjak daripada kerugian awal untuk ditutup satu peratus dengan pedangang turut mengalu-alukan keputusan oleh pihak berkuasa yang akan menjadikan­nya lebih mudah bagi firma untuk menerima pembelian saham.

Yuan terus bergelut dan mencecah paras terendah dalam tempoh 10 tahun, dengan penganalis­is berpendapa­t ia boleh mencecah paras 7 berbanding dolar.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Yuan cecah paras terendah dalam 10 tahun.
[FOTO HIASAN] Yuan cecah paras terendah dalam 10 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia