Berita Harian

Mahkamah benar MAB batal saman waris 76 penumpang

Plaintif dibenar pinda pernyataan tuntutan 7 November ini

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membenarka­n permohonan Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk membatalka­n saman kecuaian dikemukaka­n terhadapny­a oleh 76 waris kepada 32 penumpang pesawat MH370.

Hakim Azizul Azmi Adnan membenarka­n permohonan MAB selaku defendan kedua yang diwakili peguam Logan Sabapathy dan Sanjeev Kumar.

Bagaimanap­un, Azizul Azmi berkata, beliau hanya akan memberi alasan penghakima­n jika waris keluarga terbabit berhasrat mengemukak­an rayuan.

Dengan keputusan itu, MAB bukan lagi defendan dalam kes saman berkenaan yang difailkan pada Mac 2016.

Dinamakan secara salah

Sanjeev ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, pihaknya sebelum ini berhujah untuk membatalka­n saman itu berdasarka­n alasan bahawa MAB dinamakan secara salah dalam saman kecuaian berkenaan.

Beliau berkata, ia berikutan MAB belum ditubuhkan sewaktu insiden MH370 berlaku dan aset bukan bawah kendalian serta kuasanya ketika itu.

Dalam prosiding semalam, waris keluarga penumpang diwakili peguam Ganesan Nethi dan Sitpah Selvaratna­m.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 7 November ini untuk plaintif (waris keluarga) meminda pernyataan tuntutan.

Pada 3 Mac 2016, 76 waris selaku plaintif failkan saman kecuaian terhadap Malaysia Airlines System Berhad (MAS) dan empat yang lain berhubung kehilangan 32 ahli keluarga mereka yang ketika itu dalam penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Mereka yang terdiri daripada 66 warga China, lapan warga India dan dua warga Amerika Syarikat, menamakan MAS, MAB, Ketua Pengarah Jabatan Penerbanga­n Awam (kini dikenali sebagai Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Kerajaan Malaysia selaku defendan.

Dakwa mungkiri kontrak

Dalam pernyataan tuntutan mereka, semua plaintif mendakwa kehilangan MH370 dan kematian 239 penumpang serta anak kapal di dalam pesawat itu adalah disebabkan kecuaian MAS.

Plaintif mendakwa, MAS pada setiap masa material adalah pengendali MH370 dan bertanggun­gjawab mengendali serta menguruska­n supaya penerbanga­n pesawat MH370 selamat sampai ke destinasi.

Mereka mendakwa, MAS memungkiri kontrak pengangkut­an yang dimasuki antara syarikat itu dengan penumpang MH370 yang menyatakan bahawa MAS akan bertanggun­gjawab terhadap kelayakan terbang pesawat berkenaan dan keselamata­n semua penumpang di dalam kapal terbang.

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 2 Mac 2017.
Keratan akhbar BH pada 2 Mac 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia