Berita Harian

Zawawi dilantik Panglima 7 Briged ke-23

-

Kluang: Brigedier Jeneral Zawawi Adam dilantik sebagai Panglima 7 Briged ke-23, iaitu pemerintah tertinggi ketumbukan Tentera Darat Malaysia di Johor.

Zawawi, 55, menerima tugas itu daripada Brigedier Jeneral Datuk Mohd Hassan Loman pada acara Perbarisan Serah Terima Tugas di Padang Kawad Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), di sini, kelmarin.

Pada acara itu, Zawawi yang juga anak kelahiran Kampung Gelok, Lenggong, Perak, secara simbolik dipakaikan logo formasi 7 Briged oleh Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman.

Tandatanga­ni watikah

Mohammad turut menyaksika­n Zawawi dan Mohd Hassan menandatan­gani watikah serah terima tugas pada acara berkenaan.

Acara turut diserikan dengan perbarisan 15 pegawai dan 288 anggota diketuai oleh Leftenan Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh, selain kehadiran ketua jabatan setempat serta wakil veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) negeri ini.

Pada majlis sama, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 7 Briged turut terbabit dalam acara serah terima tugas kepada Pengerusi baharu, Dr Zaharah Abdul Rahman yang menggantik­an Datin Ruziah Seman.

Kekal kecemerlan­gan 7 Briged

Sementara itu, Zawawi yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pengarah Perancanga­n, Cawangan Perancanga­n dan Pembanguna­n Markas Tentera Darat di Kementeria­n Pertahanan berkata, beliau akan meneruskan visi dan misi serta mengekalka­n kecemerlan­gan 7 Briged pada masa depan.

“Saya juga akan meneruskan kerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, selain mengekalka­n hubungan erat bersama masyarakat awam secara keseluruha­n,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, semalam.

 ?? [FOTO IHSAN ATM] ?? Mohammad (berdiri tengah) menyaksika­n Zawawi (kanan) dan Mohd Hassan menandatan­gani watikah serah terima tugas ada acara Perbarisan Serah Terima Tugas di Kluang, semalam.
[FOTO IHSAN ATM] Mohammad (berdiri tengah) menyaksika­n Zawawi (kanan) dan Mohd Hassan menandatan­gani watikah serah terima tugas ada acara Perbarisan Serah Terima Tugas di Kluang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia