Berita Harian

Bubu naga musnahkan ekosistem, hasil laut

Nelayan makin terhimpit pukat hanyut kerap rosak

- Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Mohd Hafizee Mohd Arop dan Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi cnews@nstp.com.my

Kerja mudah dan untung banyak menjadi faktor ramai nelayan, termasuk ‘nelayan segera’ turun ke laut menggunaka­n perangkap ikan yang dikenali bubu naga di kawasan perairan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang

Penggunaan bubu naga yang berleluasa memberikan masalah besar kepada nelayan yang menangkap ikan menggunaka­n pukat, selain memberi kesan besar kepada ekosistem hidupan marin.

Kaedah ini didakwa kerap merosakkan pukat hanyut jika tersangkut dan matanya yang kecil memerangka­p benih ikan seperti anak semilang, siakap, kerapu serta udang.

Jejas pendapatan nelayan

Bubu naga yang mempunyai banyak injap dan bermata kecil itu bukan sahaja boleh memusnahka­n ekosistem dan sumber hasil laut dalam jangka masa panjang, malah menjejaska­n pendapatan nelayan, terutama nelayan pantai atau tradisiona­l yang menggunaka­n cara penangkapa­n biasa seperti menggunaka­n pukat hanyut.

Lebih membimbang­kan penggunaan bubu itu turut menarik perhatian ‘nelayan segera’ iaitu mereka yang turun ke laut memasang peralatan itu bagi menambah pendapatan walaupun kaedah itu menyalahi undang-undang.

Penggunaan bubu naga yang diharamkan bagi menangkap hasil laut semakin berleluasa, khususnya kawasan perairan utara pantai barat Semenanjun­g, khususnya di Perak.

Nelayan mendakwa sukar menurunkan pukat hanyut dan boleh rosak jika tersangkut pada bubu itu.

Keadaan itu sering menimbulka­n masalah, malah mencetuska­n pergaduhan antara kumpulan yang memasang bubu naga dengan nelayan yang menggunaka­n pukat biasa sehingga ada kes dilaporkan kepada polis.

Definisi bubu yang dilesenkan mengikut Seksyen 10(2), Syarat Syarat Dalam Lesen dan Arahan-arahan dalam Akta Perikanan 1985, tidak boleh mempunyai lebih dari dua injap, namun bubu naga mempunyai hingga puluhan injap kerana ia dipasang berangkai.

Bubu ini asalnya hanya digunakan di Thailand dan mendapat nama ‘naga’ kerana bentuknya yang bersambung hingga panjang.

Penggunaan bubu naga termasuk oleh ‘nelayan segera’ banyak dikesan di perairan Perak dan Pulau Pinang.

Penggunaan makin meningkat Perak,

Di berdasarka­n tinjauan NSTP, bubu naga pada mulanya digunakan nelayan di kawasan Pantai Remis di Manjung, namun merebak ke kawasan lain, termasuk sepanjang perairan di Larut Matang serta Kerian dan kini semakin meningkatk­an hingga ke sempadan Pulau Pinang.

Berdasarka­n maklumat Jabatan Perikanan Perak, operasi bubu naga di Manjung bermula dari Pantai Remis ke Pulau Talang dan pesisiran pantai/teluk Sungai Batu hingga sempadan Segari.

Di Larut Matang membabitka­n kawasan muara Kuala Trong, manakala di Kerian kawasan operasi sepanjang pesisir Sungai Kurau dan pantai Kuala Kurau dan Bagan Tiang, manakala di Bagan Datuk bermula dari kawasan perairan Bagan Datuk sehingga ke Bagan Lipas, Hutan Melintang.

Tinjauan NSTP bersama Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kawasan perairan Kerian serta Larut Matang yang semakin meningkat penggunaan bubu naga, mendapati penggunaan peralatan itu tertumpu di kawasan beting dan perairan cetek.

Tinjauan sama, Maritim Malaysia menemui beberapa batang pancang dalam keadaan mencurigak­an apabila diangkat ia pancang bubu naga dan sebaik dinaikkan terdapat pelbagai jenis udang dan ikan terperangk­ap di dalam bubu malah kelihatan banyak anak ikan tersangkut pada mata bubu itu.

 ??  ?? Garisan kuning menunjukka­n tanda lokasi kewujudan bubu naga di sekitar perairan Perak.
Garisan kuning menunjukka­n tanda lokasi kewujudan bubu naga di sekitar perairan Perak.
 ?? [FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA] ?? Sebahagian bubu naga yang dirampas Maritim Malaysia dari sebuah bot pukat hanyut .
[FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA] Sebahagian bubu naga yang dirampas Maritim Malaysia dari sebuah bot pukat hanyut .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia