Berita Harian

Tukar kepada pukat hanyut sebelum 2 November

-

Ipoh: Jabatan Perikanan Perak memberikan tempoh sehingga Jumaat ini kepada semua nelayan yang masih berdegil menggunaka­n bubu naga supaya kembali bertukar menggunaka­n pukat hanyut.

Sekiranya mereka masih berdegil, jabatan itu akan mengambil tindakan tegas dengan melaksanak­an secara besar-besaran operasi pemutihan dan pembersiha­n bubu naga yang diharamkan penggunaan­nya bagi memastikan tiada nelayan menyalahgu­nakan peralatan itu pada masa hadapan.

Pengarahny­a, Zaki Mokri, berkata dari segi pelesenan, bubu yang dibenarkan adalah bubu yang mempunyai dua injap dan manamana yang didapati menggunaka­n lebih dua injap dianggap menyalahi undang-undang.

Menurutnya, beliau berharap nelayan yang masih berdegil supaya memikirkan semula kepentinga­n memelihara sumber perikanan kerana penggunaan bubu naga akan merosakkan sumber itu.

“Kita sudah memberitah­u nelayan bahawa penggunaan bubu itu merosakkan sumber perikanan terutama benih ikan sebab bubu naga dilengkapi saiz mata pukat kecil.

Perlu ada kesedaran

“Jadi, nelayan kena sedar mereka mungkin tidak dapat meraih hasil perikanan sebanyak dahulu jika mereka sendiri menyumbang kepada kemusnahan sumbernya melalui penggunaan bubu tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Ditanya lokasi yang paling banyak nelayan menggunaka­n bubu berkenaan, Zaki berkata, pihaknya mengenal pasti penggunaan agak berleluasa di perairan Larut dan Matang hingga ke Pantai Remis.

Menurutnya, bagi membantera­s penggunaan bubu naga secara besar-besaran selepas 1 November ini, pihaknya akan terus menjalinka­n kerjasama dengan agensi lain seperti Maritim Malaysia, Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selain itu, katanya, mungkin sudah tiba masanya juga untuk pihak perikanan mengadakan lebih banyak program kesedaran kepada nelayan tentang kesan yang akan diperoleh sekiranya mereka masih menggunaka­n bubu naga.

“Kita (Jabatan Perikanan) memang turut mengadakan program kesedaran namun masih ada nelayan yang menggunaka­n bubu naga ini tanpa menyedari tindakan mereka ini akan menyebabka­n keseluruha­n ekosistem rosak.

“Jadi, selain tindakan penguatkua­saan berterusan, sudah tiba masanya juga untuk diadakan program kesedaran supaya mereka lebih beringat dan tidak melakukan lagi tangkapan menggunaka­n bubu naga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia