Berita Harian

Guna GPS elak dikesan

-

Parit Buntar: Pendapatan yang lumayan menyebabka­n ramai nelayan di perairan Perak, termasuk ‘nelayan segera’ membeli peralatan canggih seperti Sistem Penentuan Kedudukan Global (GPS) ketika memasang dan mencari kedudukan bubu naga bagi mengelak pihak berkuasa merampas peralatan haram itu.

Kegiatan ini juga dianggap semakin melampau apabila dilakukan di kawasan beting dan cetek untuk menyukarka­n bot pihak berkuasa masuk dan merampas bubu.

Bendahari Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING), Mohd Radzi Said, 48, berkata taktik itu dikesan digunakan nelayan tertentu di kawasan perairan di daerah Kerian.

“Mereka memasang bubu naga di laut meletakkan pancang dan bendera sebagai penanda, tetapi sejak Maritim Malaysia buat tangkapan, ada nelayan guna pelampung kecil, malah ada guna GPS untuk mengesan kedudukan bubu naga yang ditenggela­mkan tanpa sebarang penanda.

“Ada juga menggunaka­n penanda darat dan pokok ketika memasang bubu itu, mereka kemudian guna pencakar besi yang diikat pada tali dan buang dalam laut, tarik dan apabila sangkut pada bubu naga baru mereka bawa naik untuk mengambil hasilnya.

“Untuk elak kena tangkap atau bubu dirampas, mereka buat (taktik) lagi canggih seperti menggunaka­n GPS ini,” katanya ketika ditemui NSTP di sini, baru-baru ini.

Stok ikan akan berkuranga­n

NSTP difahamkan, selain mengabui mata pihak berkuasa, penggunaan GPS juga bagi mengelak bubu atau hasil yang terperangk­ap di dalamnya daripada dicuri pihak lain.

“Saya pun nak buat jika dibenarkan tetapi ikan kecil besar semua dia sapu, masalah nanti stok ikan akan berkuranga­n, sama seperti pukat kenka.

“Jadi, jika kerajaan tak buat akta khas untuk bubu naga ini, maka ia akan mencetuska­n masalah lebih teruk pada masa hadapan,” kata Mohd Radzi.

Sementara itu, nelayan di Sungai Batu di daerah Manjung, Adnan Husin, 54, berkata kerana hasil yang lumayan, ramai nelayan di kawasan berkenaan sudah menggunaka­n bubu naga bagi mendapatka­n hasil laut walaupun menyedari ia menyalahi peraturan dan memberi kesan kepada nelayan pukat hanyut sepertinya.

“Kami nak memukat pun susah terutama di kawasan sini yang mana penggunaan bubu naga begitu popular,” katanya.

 ?? [FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI /BH] ?? Anggota Maritim Malaysia menunjukka­n bubu naga yang dipasang nelayan di Perairan Pasir Hitam, Larut Matang.
[FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI /BH] Anggota Maritim Malaysia menunjukka­n bubu naga yang dipasang nelayan di Perairan Pasir Hitam, Larut Matang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia