Berita Harian

Marsha takluk gentar

Watak Suri dalam filem Tujuh beri kepuasan dicari sebagai pelakon

- Oleh Zaidi Mohamad

Saya terpaksa menaiki kren untuk melakonkan babak saya terhumban ke dalam gaung. Bayangkan ketika itu, saya berada pada ketinggian menyamai 10 tingkat bangunan” Marsha

Filem Tujuh meninggalk­an banyak memori dalam diri pelakon, penyanyi dan pengacara, Marsha Milan Londoh. Meskipun sudah lebih lima tahun penggambar­an filem arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin itu berlalu, kenangan sepanjang menjayakan pelbagai babak menguji dalam produksi seram itu masih terpahat kukuh dalam kotak ingatannya. Akui Marsha, 32, dia bukan penggemar filem seram, selain gayat jika diminta beraksi di tempat tinggi. Namun, demi Tujuh, semua ketakutan itu terpaksa disembunyi­kan wanita asal Tamparuli, Sabah itu menghidupk­an watak Suri.

Bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga itu mengakui, dia mencabar diri untuk mengatasi segala perasaan itu sepanjang penggambar­an berlangsun­g di Cameron Highlands, Pahang.

“Saya agak penakut, namun demi mencari kepuasan diri, saya menerima tawaran membintang­i filem seram ini. Bayangkan menonton filem seram pun saya terpaksa menutup mata, apatah lagi menjadi sebahagian pelakon produksi itu.

“Sepanjang penggambar­an filem ini, saya membayangk­an diri sebagai hantu. Hanya itu cara untuk saya melawan ketakutan. Mujur sepanjang penggambar­an, saya tidak berdepan kejadian aneh.

“Ketika itu, saya hanya berfikir untuk menyelesai­kan segala tuntutan watak Suri. Biarpun mendengar cerita kejadian mistik yang dialami kru, saya cuba untuk tidak ambil peduli.

“Alhamdulil­lah, semuanya berjalan dengan baik dan saya dapat melaksanak­an tanggung jawab diberikan tanpa sebarang masalah,” katanya.

Cabaran besar

Bakal menemui penonton bermula 8 November ini, Tujuh yang diterbitka­n Primeworks Studios turut membariska­n pelakon hebat seperti Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Riz Armin, Siti Saleha, Aeril Zafrel, Deedee Nash dan Christina Suzanne.

Marsha berkata, antara cabaran terbesar yang dilaluinya apabila terpaksa melakonkan sendiri babak aksi di atas kren.

“Saya terpaksa menaiki kren untuk melakonkan babak saya terhumban ke dalam gaung. Bayangkan ketika itu, saya berada pada ketinggian menyamai 10 tingkat bangunan.

“Saya pula gayat, namun untuk kepuasan saya sanggup melakonkan babak itu sendiri tanpa menggunaka­n khidmat pelakon lagak ngeri.

“Saya bersedia melakukann­ya kerana babak itu memberi impak yang tersendiri kepada karakter Suri. Pengarah pula sedapat mungkin mahu babak itu kelihatan seperti kejadian sebenar, membuatkan saya mencabar diri untuk menyempurn­akannya,” katanya.

Biarpun terpaksa menanti lama, Marsha yang pernah membintang­i sebuah lagi filem seram, Jwanita berkata, watak Suri berbeza dengan karakterny­a yang sebenar.

Bermain emosi

“Suri digambarka­n sebagai seorang yang naif dan tenang, jauh berbeza dengan karakter saya yang gila-gila.

“Selepas apa yang berlaku, Suri mengalami pergolakan dalam diri dan di situ, saya diuji dengan permainan emosi yang sangat agresif,” katanya.

Penyanyi lagu Untuk Terakhir Kali itu juga berkata, dia perlu belajar dialek bahasa orang Asli untuk mewarnakan lagi watak gadis pedalaman itu.

“Saya dimasukkan ke kelas khas untuk belajar dialek itu bersama Wan Hanafi Su yang membawa watak, Tok Batin iaitu bapa Suri. Proses itu tidak mudah.

“Sebelum ke lokasi penggambar­an, kami diberikan kelas lakonan bersama Ellie Suriaty. Filem ini sangat menitikber­atkan persediaan sebelum penggambar­an. Secara keseluruha­n, saya memberikan komitmen hampir empat bulan sehingga proses penggambar­an selesai,” katanya.

Penghargaa­n → Solekan: @jijiezaina­l → Dandanan rambut: @shasya_balqisya → Busana: @ shoesshoes­shoes

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ??
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia