Berita Harian

Yakin Tujuh istimewa

-

Marsha berkata, meskipun mengambil masa lama menemui penonton, dia yakin Tujuh mempunyai keistimewa­an sendiri untuk menarik khalayak ke pawagam.

“Filem ini menggunaka­n latar tahun 1970-an, namun jalan ceritanya mampu merentas masa. Saya juga bangga dengan hasil kerja Raja Mukhriz sebagai pengarah. Secara peribadi, saya teruja menanti hasil akhir filem ini kerana belum berkesempa­tan menontonny­a.

“Saya percaya, filem ini mempunyai keistimewa­an tersendiri, terutama dari segi persembaha­n dan sinematogr­afi. Memang saya berharap filem ini dapat melangkah jauh. Saya dengar filem ini turut dihantar untuk menyertai festival di luar negara. Bagi saya, ia perkembang­an yang positif,” katanya.

Menanti rezeki jadi ibu

Beralih sisi peribadi, Marsha yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015 berkata, dia masih menanti detik untuk hamil, seterusnya menjadi ibu.

“Memang belum ada rezeki ke arah itu lagi, namun saya percaya setiap ujian mempunyai hikmah yang tersendiri. Allah mahu melihat sejauh mana saya bersabar dan bertahan menghadapi dugaan dalam melayari hidup ini.

“Saya dan suami selalu berbincang mengenai perkara ini, malah percaya semua itu berbalik kepada rezeki. Lambat atau cepat itu ketentuan Ilahi, namun sebagai hamba-nya, kami tidak pernah mengalah untuk terus berusaha,” kata pengacara program Pesona Pengantin itu.

 ??  ??
 ??  ?? babak menarik dalam filem Tujuh.
babak menarik dalam filem Tujuh.
 ??  ?? Antara
Antara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia