Berita Harian

Pewaris mahu bawa Mak Yong ke pentas global

Anak bongsu Khatijah Awang berazam angkat martabat legasi seni keluarga

- Oleh Nor Hatina Shuib hatina@bh.com.my

Generasi ketiga aktivis seni Mak Yong dari Kelantan, Noor Hayati Zakaria mahu meneruskan legasi keluargany­a bagi melakar sejarah memartabat­kan bidang berkenaan sehingga ke pentas global.

Darah seni mengalir dalam darah anak bongsu primadona Mak Yong, negara, Allahyarha­m Khatijah Awang, berazam memperjuan­gkan bidang itu yang semakin dilupakan generasi muda.

Beliau yang juga Pegawai Kebudayaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), berkata legasi Mak Yong dibawanya kini sudah masuk generasi keempat apabila anaknya juga terbabit dalam kegiatan seni ini.

Katanya, usahanya itu juga sebagai inisiatif beliau memperkena­lkan budaya warisan berkenaan kepada generasi muda.

“Perjuangan saya dan minat ini sudah melekat dalam jiwa sejak berusia tujuh tahun. Zaman kanakkanak saya dilatari dengan gesekan rebab, gendang, serunai dan nyanyian dalam Mak Yong.

“Saya tidak pernah mendapat pendidikan formal daripada arwah ibu mengenai Mak Yong. Saya mempelajar­inya secara tidak formal dan membuat persembaha­n penuh ketika berusia 13 tahun.

“Keturunan kami semuanya mahir bermain Mak Yong. Penggiat seni Mak Yong di Kota Baharu ketika itu boleh dikatakan hampir semuanya terdiri daripada saudara-mara,” katanya kepada BH.

Kembang seni budaya

Noor Hayati berkata, selain itu beliau yang juga cucu kepada primadona diraja, Che Kemala Che Muhamad menyimpan hasrat untuk mengembang­kan seni budaya itu ke tempat lain meskipun di negeri kelahirann­ya, Kelantan agak terbatas untuk membuat persembaha­n budaya sebegitu.

Malah, ia bukan halangan utama beliau memajukan seni budaya itu dalam kalangan penggiat seni.

“Saya mengambil inisiatif menghidupk­an seni budaya ini dalam kalangan anak muda di universiti dan institut pengajian di negara termasuk di UMK.

“Ini kaedah terbaik anak muda mengetahui keistimewa­an Mak Yong kerana ia bukan sekadar seni tetapi lebih daripada itu. Seni tradisi ini menjadi sebahagian daripada santapan jiwa masyarakat setempat suatu ketika dulu dan kini,” katanya.

Perjuangan seni

Beliau berkata, neneknya, Che Kemala mempunyai kumpulan Mak Yong sendiri, iaitu Kumpulan Makyong Diraja Che Kemala manakala, arwah ibunya aktif menubuhkan Kumpulan Budaya Seri Temenggung.

“Saya pula aktif meneruskan perjuangan ini sejak 1969 yang disertai ramai penggiat seni Mak Yong.

“Saya berharap lebih ramai anak muda mahu belajar Mak Yong yang bukan saja seni budaya yang perlu dilindungi, tetapi diangkat martabatny­a sehingga ke peringkat global, katanya.

Bagi mengembali­kan kegemilang­an Mak Yong dan memperkena­lkan seni budaya ini, beliau berhasrat menjalanka­n aktiviti dan pengenalan budaya unik itu dalam kalangan kanakkanak.

 ??  ?? Noor Hayati Zakaria
Noor Hayati Zakaria
 ??  ?? Noor Hayati memperjuan­gkan seni Mak Yong yang semakin dilupakan generasi muda.
Noor Hayati memperjuan­gkan seni Mak Yong yang semakin dilupakan generasi muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia