Berita Harian

Suburkan cinta resipi keluarga bahagia

Suami isteri perlu laksana tanggungja­wab, bersyukur, amal komunikasi berkesan

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my

Kepincanga­n terhadap institusi kekeluarga­an adalah masalah penting yang perlu ditangani apatah lagi institusi itu mempunyai peranan yang signifikan dalam pembentuka­n masyarakat dan pembanguna­n negara.

Ada ketikanya, perasaan selamat, dihargai dan disayangi tidak berlaku secara ideal dalam perkahwina­n menyebabka­n penceraian terpaksa dipilih sebagai ‘jalan keluar’ terakhir dalam menyelesai­kan ketidaksef­ahaman.

Namun, situasi mutakhir hari ini memperliha­tkan bagaimana dalam sesetengah perkahwina­n, bukan saja faktor persefaham­an pasangan tidak berlaku, malah lebih menyedihka­n apabila institusi kekeluarga­an ini seolaholah membawa satu tekanan yang luar biasa kepada suami isteri.

Pendakwah, Datuk Dr Norhafizah Musa, berkata laporan mengenai pelbagai kes jenayah yang berpunca daripada tekanan berat ini menjadi seolah-olah satu penunjuk bagaimana institusi rumah tangga itu menjadi tempat bercambahn­ya kegelisaha­n, pemberonta­kan serta amarah bagi sesetengah pasangan.

Beliau yang juga Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia berkata, tekanan melampau dalam institusi perkahwina­n dan kekeluarga­an hari ini menyebabka­n berlakunya masalah emosi serta mental dan yang lebih menyedihka­n ialah apabila akhirnya ia menjurus kepada pelbagai perlakuan jenayah.

Rasa tenang, sakinah

Katanya, banyak ayat al-quran yang menyebut mengenai soal rumah tangga, termasuk firman Allah: “Dan di antara tanda kekuasaan-nya ialah Dia menciptaka­n untukmu isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhn­ya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda bagi kaum yang berfikir.” (Alrum: 21)

“Maksud firman Allah itu ialah kehadiran pasangan itu berlaku supaya kita berasa sakinah dan berasa tenang, tetapi kewujudan banyak kes jenayah hari ini memperliha­tkan seolah-olah wujudnya masalah dalam institusi kekeluarga­an kita.

“Ada kes mengenai suami mencederak­an isteri dan sebaliknya, selain insiden ibu pula mencederak­an anak.

“Seharusnya makin lama usia sesebuah perkahwina­n, semakin sukar digambarka­n mendalamny­a kasih sayang dan perasaan cinta, tetapi ia juga tidak boleh datang sendiri dan perlu diikhtiark­an,” katanya pada Simposium Keluarga Bahagia Cinta Hakiki yang dirasmikan Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n, Yusof Mamat di Masjid Wilayah Persekutua­n, di sini.

Simposium itu diadakan bagi memberi panduan kepada umat Islam untuk membina keluarga bahagia berlandask­an konsep rahmatan lil-‘alamin selain menyalurka­n maklumat mengenai isu kekeluarga­an berpanduka­n Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutua­n 1984.

Norhafizah berkata, tanpa usaha daripada pasangan, potensi kesusutan dan kehilangan kasih sayang dalam institusi kekeluarga­an akan berlaku dan inilah keadaan yang banyak terjadi hari ini.

Peranan, tanggungja­wab

Antara yang ditekankan sebagai ramuan cinta bagi pasangan suami isteri ialah bagaimana si suami perlu memainkan peranan dan tanggungja­wabnya sebagai ketua keluarga dengan tidak mengambil mudah hal berkaitan pemberian nafkah isteri dan anak.

Menurut Norhafizah, dari segi syariat Islam, tidak gugur tanggungja­wab seorang suami itu untuk memberi nafkah kepada pasanganny­a meskipun isterinya seorang wanita yang bekerja.

Katanya, meskipun si isteri bekerja dengan hasrat untuk membantu, tetapi suami masih perlu menyelesai­kan tanggungja­wabnya dalam hal nafkah yang akan mendorong isteri mempunyai rasa hormat serta memberikan kasih sayang yang tidak berbelahba­hagi kepada suami.

“Barakah daripada komitmen nafkah suami itu akan melembutka­n jiwa isteri untuk memberi ketaatan justeru, janganlah sesekali seseorang suami memandang kecil hal ini dan mengelak dari menunaikan tanggungja­wab mereka.

“Selama mana suami memberi nafkah, hak mereka juga tidak boleh dinafikan oleh isteri dan besarnya persoalan nafkah ini hingga ia menjadi ikatan untuk kita taat, malah si suami pada masa sama juga tentunya akan merasa bangga dapat memenuhi tanggungja­wabnya kepada isteri.

“Jika suami isteri saling berlumba untuk menunaikan tanggungja­wab, di sinilah akhirnya kita akan mendapat rumah tangga yang saling sayang menyayang.” katanya.

Anugerah daripada-nya

Selain itu katanya, pasangan suami isteri juga perlu terus menyuburka­n kasih sayang dan melapangka­n hati dengan menerima dan melihat pasangan sebagai anugerah yang terindah daripada-nya.

Ada yang melihat pasangan sebagai bala dan tindakan itu katanya, menyebabka­n cinta menjadi lebih sempit.

“Sikap tidak bersyukur akan menyebabka­n nikmat dan sayang yang lebih besar gagal mengalirka­n cinta dalam rumah tangga.

“Pada masa sama, pasangan suami isteri perlu mengamalka­n komunikasi berkesan. Elakkan dari menjerit-jerit dan sentiasa memilih perkataan yang baik.

“Ada yang sanggup mengeluark­an perkataan yang pedas, supaya pasangan dapat mengingati apa yang disebut sehingga akhir hayat mereka, tetapi tindakan ini menyebabka­n kasih dan sayang tidak dapat subur dalam keluarga,” katanya.

Seharusnya makin lama usia sesebuah perkahwina­n, semakin sukar digambarka­n mendalamny­a kasih sayang dan perasaan cinta, tetapi ia juga tidak boleh datang sendiri dan perlu diikhtiark­an” Norhafizah Musa, Pendakwah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia