Berita Harian

Hias rumah usah abai soal hukum

-

kediaman perlu meletakkan prinsip Islam sebagai keutamaan. Ini bermakna, setiap umat Islam perlu sedar dan berhati-hati membeli dan meletakkan perhiasan di rumah supaya ia tidak memberikan implikasi negatif seperti unsur syirik serta khurafat.

Pendakwah, Mohamad Zarifi Mohamad Daud, berkata, tidak menjadi kesalahan untuk mempunyai bayangan konsep rumah idaman kerana Islam sendiri menggalakk­an kebersihan, kecantikan dan keselesaan.

“Islam menggalakk­an umatnya sentiasa dalam keadaan bersih bermula daripada tubuh badan, pakaian, termasuk tempat tinggal.

“Apatah lagi masa kini ada banyak konsep dekorasi pilihan, termasuk moden, klasik dan Inggeris yang memberi nilai tambah kepada kediaman supaya tampak lebih eksklusif,” katanya.

Polemik dalam masyarakat

Mohamad Zarifi berkata, tidak dinafikan berlaku polemik dalam kalangan masyarakat, ia termasuk berkaitan hukum menghias rumah dengan foto, lukisan atau patung perhiasan.

“Perkara ini dibincangk­an terperinci oleh ulama, termasuk Sheikh Dr Yusof Al-qaradawi dalam kitab Halal dan Haram dalam Islam.

“Asasnya, apa juga perhiasan rumah yang berunsur syirik dan pemujaan, hukumnya adalah haram,” katanya.

Ia selari dengan larangan Rasulullah SAW yang melarang diletakkan patung di dalam rumah. Baginda bersabda: “Sesungguhn­ya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung.” (HR Bukhari dan Muslim)

Menyentuh isu mengabadik­an gambar keluarga atau peribadi di bilik atau ruang tamu, katanya, hukumnya adalah diharuskan.

“Walaupun hukumnya harus, namun bersyarat, iaitu tidak mendedahka­n aurat untuk tetamu bukan mahram dan tiada unsur syirik seperti pemujaan dan gambar yang diambil mestilah bertujuan sekadar kenangan,” katanya.

Bagi hiasan berbentuk lukisan pula, Ibnu Abbas RA memberikan alternatif dengan menggantun­g lukisan yang tidak mempunyai roh. Misalnya, lukisan bertemakan alam semula jadi seperti pokok, lautan, gunung-ganang dan seumpamany­a.

Walaupun hukumnya harus, namun bersyarat, iaitu tidak mendedahka­n aurat untuk tetamu bukan mahram dan tiada unsur syirik seperti pemujaan dan gambar yang diambil mestilah bertujuan sekadar kenangan” Mohamad Zarifi Mohamad Daud, Pendakwah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia