Berita Harian

Dron, teknologi sonar cari bangkai pesawat

Cebisan mayat ditemui, 15 pakar forensik buat ujian DNA

-

Dron dan teknologi sonar digunakan, semalam untuk mencari bangkai pesawat Lion Air yang terhempas dalam laut tempoh hari manakala penyelam dikerah membantu misi menyelamat yang kini menjadi tumpuan global.

Ketika sama, polis menjalanka­n ujian DNA (asid deoksiribo­nukleik) untuk mengenal pasti identiti mangsa nahas pesawat Lion Air JT610 yang ditemui dan mengumpul sampel daripada 152 saudara mara di Hospital Polis Bhayangkar­a di Kramat Jati, Timur Jakarta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Jeneral Komrad Ari Dono Sukamto berkata, sekurangku­rangnya 15 pakar forensik dan DNA bertugas untuk mengenal pasti cebisan mayat yang ditemui Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dari Laut Jawa.

Sementara itu, syarikat insurans milik kerajaan, Jasa Raharja memberi jaminan, semua penumpang yang menaiki pesawat itu atau waris terdekat akan diberi pampasan mengikut undangunda­ng sedia ada dan peraturan Kementeria­n Kewangan 2017.

“Jasa Raharja bersedia memberi pampasan sebanyak Rp 50 juta (RM13,733.94) untuk mangsa yang maut manakala Rp 25 juta (RM6,866.97) untuk menampung kos hospital mangsa yang cedera,” kata pengarah syarikat, Budi Rahardjo dalam satu kenyataan dipetik laman web Jakarta Post semalam.

Kumpul cebisan mayat

“Difahamkan, petugas penyelamat setakat ini sudah mengumpul 24 beg mayat, sesetengah­nya mengandung­i cebisan tubuh, bukan tubuh bersambung,” kata Ari dalam sidang media hari ini.

Ketua Basarnas, Muhammad Syaugi berkata, 10 beg mayat mengandung­i cebisan tubuh dan baki 14 beg mengandung­i serpihan pesawat dan barangan peribadi dianggap milik mangsa nahas.

Keadaan sayu dan menyayat hati dilihat di kemudahan hos pital ketika keluarga menangis sambil memegang diploma, kad pengenalan keluarga dan dokumen lain yang mungkin membantu mengenal pasti mangsa.

Pesawat yang membawa 189 orang itu membabitka­n 178 dewasa, tiga kanakkanak, dua juruterban­g dan enam kru kabin.

Secara berasingan, Ketua Polis Jawa Barat, Inspektor Jeneral Agung Budi Maryoto menggesa penduduk tempatan membantu pihak berkuasa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan kru dan penumpang pesawat malang itu.

“Saya meminta penduduk dan nelayan menyertai rondaan pantai di sepanjang garisan pantai kerana ombak datang ke arah ini (Pantai Pakisjaya),” kata Agung dipetik agensi Antara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia