Berita Harian

Riyadh harus tanggungja­wab kes Khashoggi

-

London: Tunang kolumnis akhbar Washington Post, Jamal Khashoggi mendesak Arab Saudi mendedahka­n maklumat mengenai insiden pembunuhan wartawan itu, supaya dalang terbabit boleh dihadapkan ke mahkamah.

Hatice Cengiz ketika ditemui Reuters di Turki berkata, pihak berkuasa Arab Saudi bertanggun­gjawab terhadap pembunuhan Jamal.

“Kejadian ini berlaku di dalam kawasan misi diplomatik Arab Saudi. Jadi, dalam keadaan ini, pihak berkuasa Arab Saudi bertanggun­gjawab dalam hal ini.

“Insiden ini berlaku dalam bangunan konsulat Arab Saudi. Sudah pasti pihak berkuasa Arab Saudi tahu bagaimana pembunuhan itu berlaku.

(gambar)

“Mereka perlu menjelaska­n bagaimana ia berlaku,” katanya menerusi penterjema­h.

Kejadian pembunuhan Jamal, yang juga pengkritik Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman, menggempar­kan dunia, sekali gus menyebabka­n Riyadh berdepan dengan krisis.

Jamal, 59, memasuki bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu untuk mendapatka­n beberapa dokumen sebelum berkahwin dengan Hatice, warga Turki.

Namun, beliau tidak keluar dari bangunan itu, menyebabka­n Hatice gelisah sebelum beliau membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Wanita itu turut menyelar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas tindakan yang hambar dan mahu pemimpin itu jangan cuba melindungi kes ini.

“Saya amat kecewa dengan pendirian pemimpin beberapa negara, khasnya AS,” kata Hatice dalam satu majlis memperinga­ti mangsa di London, kelmarin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia