Berita Harian

Taufan Yutu badai Filipina

Beribu penduduk dipindah, rumah musnah akibat banjir

-

Taufan Yutu membadai Filipina, semalam dengan angin kencang yang merobek bumbung dan menumbangk­an pokok selepas beribu-ribu penduduk diarah berpindah menjelang ketibaan ribut tropika itu.

Ia difahamkan turut merentasi laluan sama ketika negara berkenaan dilanda Taufan Mangkhut, bulan lalu yang membunuh berpuluh-puluh orang.

Ribut baharu itu dilaporkan membadai pulau Luzon, kawasan penduduk paling ramai di Filipina yang turut membawa bersama hujan lebat sepanjang laluan. Taufan itu dilaporkan beredar keluar dari negara itu, semalam.

Ada satu laporan menyebut seorang dikatakan hilang selepas bot terbalik dipukul ombak kuat.

“Kami melihat pokok yang tumbang dan ranting yang berselerak atas jalan. Tapi apa yang merosakkan rumah adalah banjir. Orang ramai perlu diselamatk­an,” kata jurucakap Palang Merah Antarabang­sa, Caroline Haga dari wilayah Nueva Vizcaya.

Perkhidmat­an Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA) berkata, taufan itu membawa bersama angin selaju 140 kilometer sejam dan ribut sehingga 230 kilometer sejam.

Taufan ke-18

Yutu yang dikenali sebagai Rosita oleh penduduk tempatan, adalah taufan ke-18 melanda Fili- pina, tahun ini, enam minggu selepas taufan Mangkhut yang membawa hujan lebat ke seluruh Luzon, menyebabka­n tanah runtuh hingga mengorbank­an 70 orang.

Setakat ini tidak ada sebarang laporan kerosakan atau kematian. Rakaman televisyen tempatan menunjukka­n angin kencang, hujan dan pokok condong.

Penduduk yang tinggal di sekitar gunung dan kawasan pesisir pantai turut dipindahka­n selepas amaran kemungkina­n berlakunya tanah runtuh dikeluarka­n dan gelombang dijangka mencecah setinggi 3 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia