Berita Harian

Peluang Vettel berkecai di Singapura

-

Mexico City: Sebastian Vettelmene­gaskan kempen kejuaraan dunianya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini mula terkubur di Singapura, apabila Ferrari gagal menandingi prestasi pelumba Mercedes, Lewis Hamilton.

“Saya fikir bermula daripada Grand Prix (GP) Singapura, kami tidak mempunyai kepantasan untuk menandingi Mercedes untuk beberapa perlumbaan.”

“Jelas sekali wujud beberapa masalah yang tidak menyebelah­i kami. Kami gagal mendapat mata susulan kesilapan sendiri,”

Vettel meluahkan perasaanny­a selepas GP Mexico, kelmarin yang menyaksika­n dia menamatkan saingan di tempat kedua, di belakang pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Ia sekali gus bermakna kejuaraan dunia F1 musim ini dimenangi Hamilton yang menamatkan aksi di tempat keempat, di belakang Kimi Raikkonen di Mexico.

Silap pilih selekoh

Selepas mengucapka­n tahniah kepada pencabar dari Britain itu yang menyambar gelaran dunia buat kali kelima, Vettel jujur mengenai kesilapann­ya dan pasukannya.

Ramai percaya detik yang mengubah nasibnya ialah ketika dia mengalami insiden selepas mendahului perlumbaan pada GP Jerman, yang mana Hamilton bangkit memenangin­ya dengan penuh bergaya.

“Saya tidak boleh menyalahka­n diri sendiri dengan apa yang terjadi di Jerman,” katanya.

“Banyak kesilapan besar yang saya dilakukan pada musim ini, tetapi memang jelas ia satu daripada kesilapan terbesar.”

“Apabila anda terlalu mencuba, kadang kala anda akan melakukan kesilapan. Saya memilih selekoh yang salah.

“Walau apapun, saya sudah melupakan insiden itu dan tidak memikirkan­nya lagi. Saya menganggap­nya sebagai sebahagian daripada perlumbaan, pelumba lain pun tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sama.”

 ??  ?? Vettel
Vettel

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia