Berita Harian

Real pecat Lopetegui

Keputusan dibuat selepas lima kekalahan, Conte calon utama pengganti

-

Real Madrid memecat pengendali­nya, Julen Lopetegui hanya selepas 139 hari mengendali­kan kelab gergasi Sepanyol itu, umum kelab itu awal pagi semalam.

Lopetegui dilantik pada Jun lalu, namun selepas menempuh lima kekalahan dalam tujuh perlawanan, dengan yang terbaru dibelasah 5-1 oleh Barcelona, membuatkan Real membuat keputusan drastik untuk memecatnya.

Ketika ini, jurulatih pasukan B Real, Santiago Solari diberi tugasan sementara menguruska­n skuad utama kelab itu.

Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat lembaga pengarah kelab berkenaan, semalam.

Kenyataan kelab itu berkata: “Keputusan ini, yang dibuat pihak atasan atas rasa tanggungja­wab, bertujuan untuk mengubah nasib pasukan, ketika peluang masih terbuka untuk mencapai sasaran awal,”

Bakal berdepan Melilla

“Lembaga pengarah memahami terdapat masalah dari segi barisan kejurulati­han Real Madrid, apatah lagi seramai lapan pemain kita tercalon dalam anugerah Bola Emas.

“Ia sesuatu yang pernah terjadi dalam sejarah kelab ini berdasarka­n keputusan yang diperoleh setakat ini.”

Solari yang juga bekas pemain sayap Los Blancos akan mengemudi pasukan utama bermula hari ini, untuk persiapan mengharung­i aksi Copa del Rey menentang Melilla.

Sepanjang dua musim bersama Castilla, Solari berjaya mengemudi mereka menamatkan saingan Segunda Divisyen B di kedudukan ke-11 dan kelapan .

Difahamkan, bekas pengendali Chelsea, Antonio Conte menjadi calon utama sebagai pengganti tetap Lopetegui, walaupun perbincang­an awal tidak berjalan lancar.

 ??  ?? Julen Lopetegui
Julen Lopetegui
 ??  ?? Pemain Barcelona, Luis Suarez dihalang pemain Real Madrid pada pertemuan La Liga di Nou Camp, Ahad lalu.
Pemain Barcelona, Luis Suarez dihalang pemain Real Madrid pada pertemuan La Liga di Nou Camp, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia