Berita Harian

‘Martial perlu serlah potensi sebenar’

-

Manchester: Anthony Martial diminta oleh rakan sepasukan Manchester United untuk lebih yakin dengan keupayaan dirinya.

Jaringan Ahad lalu adalah yang kelima oleh pemain Perancis itu musim ini dan memperkuat­kan lagi peningkata­n prestasiny­a - empat gol dalam empat perlawanan - selepas mendapat nasihat daripada rakanrakan di Carrington.

Nemanja Matic mendedahka­n dia ada bercakap dengan Martial berkenaan isu tahap keyakinann­ya, manakala Jose Mourinho dan Michael Carrick juga dipercayai turut memberi semangat kepada pemain sayap itu.

“Anthony adalah pemain hebat dan dia perlu faham perkara itu. Dia perlu lebih keyakinan. Jika dia mencapai kemuncak prestasiny­a dia mampu menjadi seorang pemain terbaik. Itu sudah pasti.

“Kadangkala saya rasa dia tidak sedar betapa bagusnya dia. Dia memiliki semua yang diperlukan oleh pemain bola sepak Manchester United.

Silva dakwa berlakon

“Jika saya mempunyai kemahiran dengan bola sepertinya dan saya sepantas dia, saya tidak akan memberi bola kepada sesiapa dan saya akan menjaringk­an gol pada setiap perlawanan! Dia perlukan lebih keyakinan dan ia hadir dengan keputusan,” kata Matic.

Bos Everton, Marco Silva melabelkan Martial sebagai pelakon selepas dia mendapatka­n penalti pada babak pertama di Old Trafford tetapi difahamkan Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) tidak akan mengambil tindakan susulan.

“Kualiti sudah ada, keyakinan juga mula meningkat dan dia hanya perlu konsisten. Saya gembira dia bersama kami.

“Dalam bola sepak dan kehidupan anda mempunyai tempoh sukar dan anda perlu kembali ke landasan yang betul. Itulah yang dia sedang lakukan,” kata Matic berkenaan Martial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia