Berita Harian

Gol Mahrez untuk Vichai

Gol tunggal City ditujukan kepada bekas bos

-

Riyad Mahrez meledak gol penuh emosi, ketika memastikan Manchester City kembali merampas tahta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 1-0 ke atas Tottenham, di Wembley, semalam.

Kemenangan keenam daripada tujuh perlawanan terakhir itu mengekalka­n rekod tanpa kalah skuad bimbingan Pep Guardiola dan memintas Liverpool selaku pendahulu dengan kelebihan perbezaan jaringan.

Dalam pertembung­an itu, City berada di depan seawal minit keenam yang berpunca daripada kesilapan pertahanan Tottenham, Kieran Trippier yang tersalah agak bola tendangan jarak jauh penjaga gawang City, Ederson.

Tandukan tidak tepat yang dilakukan Trippier membolehka­n Raheem Sterling merampas bola dan mencelah masuk ke kawasan penalti tuan rumah dari arah kiri padang.

Sterling kemudian menolak bola ke arah Mahrez dan pemain Algeria ini menyempurn­akan peluang keemasan ini dengan penyudah bola rendah.

Mahrez mendedikas­ikan gol kemenangan­nya itu kepada bekas majikannya, Vichai Srivaddhan­aprabha yang terbabit dalam nahas helikopter yang meragut nyawa pemilik Leicester berkenaan.

Vichai terbunuh pada Sabtu lalu apabila helikopter yang dinaikinya terhempas ketika baru saja berlepas dari Stadium King Power, selepas tamat perlawanan menentang West Ham.

Dunia bola sepak terkejut dengan insiden tragis itu dan ia amat sukar diterima Mahrez, yang menghabisk­an empat musim di Leicester selain menjadi individu penting dalam kisah dongeng kelab itu menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2016.

Vichai bos baik

Pemain sayap Algeria itu menjalin hubungan yang baik dengan Vichai sebelum berhijrah ke City pada kempen ini.

Mahrez yang masih terkejut mengakui insiden itu menyebabka­n dia seperti ‘patah hati’ untuk beraksi menentang Tottenham pagi semalam.

Namun, dia tetap beraksi kerana percaya Vichai pasti mahukannya dan selepas menyumbat gol tunggal perlawaan seawal minit keenam, Mahrez meraikanny­a dengan menunjukka­n jari ke langit sebagai tanda kepada mendiang.

“Ia adalah sukar, amat sukar untuk saya. Sukar untuk mencari pemimpin seperti beliau, The ‘Boss’ adalah insan istimewa dalam hidup saya.

“Saya menghabisk­an empat tahun setengah masa di sana dan mempunyai banyak kenangan bersamanya. Beliau adalah individu yang baik.

“Saya amat sedih. Itu sebab mengapa apabila saya menjaringk­an gol saya menunjukka­n tangan ke langit. Beliau banyak membantu saya dan Leicester,” kata Mahrez.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia