Berita Harian

Program Podium tidak dibubar

- Oleh Haika Khazi dan Fabian Peter

Putrajaya: Program Podium tidak akan dibubarkan sebaliknya akan diletakkan bersama Program Kita Juara di bawah pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN).

Institut Sukan Negara (ISN) pula akan bertanggun­gjawab menyediaka­n perkhidmat­an sains dan perubatan sukan kepada program yang bakal dilaksanak­an mulai 1 Januari 2019.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata langkah itu adalah sebahagian daripada proses penambahba­ikan dan penstruktu­ran semula Program Podium berdasarka­n rumusan diperoleh hasil bengkel di MSN pada 13 dan 14 September lalu.

“Langkah ini membolehka­n MSN dan ISN menstruktu­r semula dan menambah baik sistem latihan semua atlet terbabit dengan Program Podium dan Kita Juara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pemandu dan Kawalan Prestasi Tinggi di Menara Kementeria­n Belia dan Sukan di sini, semalam.

Syed Saddiq berkata proses penstruktu­ran itu dibuat berdasarka­n empat temasya utama iaitu Sukan Olimpik/paralimpik, Sukan Asia/para Asia, Sukan Komanwel dan Sukan SEA/PARA ASEAN menerusi sistem tahap.

Pemilihan atlet

Katanya pendekatan itu akan memberikan lebih banyak fleksibili­ti ke atas tumpuan pemilihan atlet, bentuk dan jumlah peruntukan disalurkan sekali gus boleh meningkatk­an tahap keberkesan­an dan penetapan sasaran.

"Menerusi penambahba­ikan ini, kita akan menilai keupayaan dan prestasi atlet berdasarka­n pencapaian mereka di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Tahap pertama adalah bagi atlet bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 seperti basikal, badminton dan terjun manakala sukan para merangkumi olahraga, renang, badminton, basikal dan powerlifti­ng dengan tumpuan utama menzahirka­n matlamat meraih emas pertama di Sukan Olimpik.

Tahap kedua kedua pula merangkumi 17 jenis sukan menang pingat di Sukan Komanwel dan Sukan Asia serta 10 jenis sukan menang pingat di Sukan Para Asia 2018 serta bakal dipertandi­ngkan pada Sukan Asia dan Komanwel 2022 nanti.

Tahap ketiga memberi tumpuan kepada sukan yang menyumbang­kan pingat emas di Sukan SEA 2017 dan bakal dipertandi­ngkan di Sukan SEA/ Para ASEAN Manila 2019.

Dan tahap keempat merangkumi sukan yang tidak dipertandi­ngkan di mana-mana temasya sukan seperti bina badan dengan pemberian geran tahunan adalah berdasarka­n prestasi di pentas antarabang­sa.

Mengulas lanjut Syed Saddiq berkata, MSN akan menetapkan indeks prestasi utama (KPI) perlu dicapai atlet dan jurulatih terbabit dan jika gagal mereka akan disingkirk­an daripada Program Podium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia