Berita Harian

Tiada desakan aksi final semula

PBSNT nafi dakwaan viral hantar surat kepada FAM

- Oleh Baharom Bakar

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menolak dakwaan mendesak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengadakan semula aksi final Piala Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Perak.

Setiausaha Agungnya, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil, berkata isu itu tidak dibincangk­an dalam mesyuarat penyediaan pasukan tahun depan yang diadakan di pejabat PBSNT petang semalam.

Katanya, mesyuarat yang dipengerus­ikan Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddi­n Abdul Karim itu hanya menyiapkan laporan bedah siasat mengenai kelemahan dalam perlawanan final Piala Malaysia termasuk isu membabitka­n pengadil, Suresh Jayaraman.

"Perkara itu tak betul. Bila pula kita hantar surat mendesak FAM adakan perlawanan semula.

“Yang kita bincang dan perhalusi dalam mesyuarat semalam hanya siapkan laporan mengenai cadangan penambahba­ikan termasuk saranan pemilihan pengadil berkualiti untuk perlawanan penting seperti Piala Malaysia, supaya masalah sama tidak berulang.

Pengadil berkualiti

“Laporan itu yang turut memperinci­kan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap beberapa kesilapan dibuat pengadil ketika perlawanan itu sudah dihantar kepada FAM pagi tadi (semalam) untuk penambahba­ikan bagi perlawanan bola sepak berprestij musim depan,” katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang viral menyatakan PBSNT memutuskan mendesak FAM supaya mengadakan perlawanan semula Piala Malaysia membabitka­n TFC dan Perak.

Tengku Farok berkata walaupun keputusan pengurusan PBSNT untuk tidak mengemukak­an bantahan akan dikecam penyokong bola sepak di negeri ini, pihaknya berpendapa­t bantahan tidak akan mengubah keputusan.

“Sekali lagi, saya sahkan kita tidak membuat sebarang desakan meminta FAM adakan perlawanan semula seperti didakwa dan ditularkan pihak tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia