Berita Harian

Isu Hafizul tidak patut dibangkit

-

Parit Buntar: Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim meminta semua pihak tidak mempertika­ikan kejayaan Perak memenangi Piala Malaysia.

“Saya lihat isu yang dibangkitk­an adalah kelemahan pengadil dan persoalan tentang penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy tidak berada di atas garisan gol sebelum bola disepak.

“Isu ini tidak seharusnya dibangkitk­an. Terdapat pengadil dan dua pembantuny­a yang mengendali­kan penentuan sepakan penalti dan tiada di antara mereka yang mengatakan kedudukan Hafizul Hakim itu sebagai satu kesalahan.

“Jadi pengadil sudah membuat keputusan muktamad dalam perlawanan itu. Justeru mereka kenalah terima hakikat Perak adalah juara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Usah bangkit pelbagai isu Ipoh,

Sementara itu di nada sama turut laungkan oleh Pengurus Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah.

“Sudahlah. Usahlah dibangkitk­an pelbagai isu lagi. Terimalah hakikat bahawa Perak adalah juara kejohanan edisi kali ini,” katanya

Adly yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berharap semua pihak berlapang dada dan menerima keputusan dengan hati terbuka.

Beliau jelas kecewa kerana pelbagai isu dibangkitk­an termasuk cara Hafizul Hakim berdiri ketika penentuan sepakan penalti perlawanan akhir Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

“Mereka buat seolah-olah kejayaan Perak ini tidak sah sedangkan pengadil perlawanan ada. Malah pembantuny­a pun ada. Keputusan sudah dibuat kenapa hendak pertikai lagi,” katanya.

Menurut Adly, sepatutnya Perak yang banyak buat pertikaian kerana keputusan salah pengadil, contohnya tidak membenarka­n gol jaringan Leandro dos Santos pada babak pertama perlawanan itu.

“Jika gol itu dikira, perlawanan tidak berlanjuta­n ke tambahan masa dan penentuan sepakan penalti kerana Perak sudah menang 3-2 di akhir 90 minit. Kami terima keputusan itu walaupun memang tak puas hati dengan pengadil. Pengadil adalah manusia biasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia