Berita Harian

‘Tak salah, saya sudah tanya pengadil’

Hafizul pertahan tindakan berada di belakang garisan gol selepas dibenarkan Suresh

- Oleh Aziman Rosdi

Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy apabila ditanya mengenai tindakanny­a berada di belakang garisan gol ketika berdepan sepakan penalti pemain Terengganu FC pada final Piala Malaysia, Sabtu lalu yang menjadi pertikaian pelbagai pihak sehingga saat ini.

Didakwa lakukan kesalahan

Ketika penentuan penalti di Stadium Shah Alam itu, dia dikatakan melakukan kesalahan apabila tidak berada di atas garisan gol sebelum bola disepak pemain Terengganu.

Sebaliknya penjaga gol berusia 25 tahun itu berada di dalam gawang.

Hafizul Hakim berjaya menyelamat­kan dua sepakan penalti pemain Terengganu untuk Perak menang 4-1 selepas aksi sebenar dan tambahan terikat 3-3.

Dalam laporan akhbar ini semalam, seorang bekas pengadil tempatan berpendapa­t Suresh melakukan kesilapan apabila tidak menghukum Hafizul Hakim yang gagal berada di atas garisan gol ketika sepakan dibuat.

Beliau yang enggan identitiny­a didedahkan berkata, penjaga gol Perak itu sepatutnya menerima kad kuning dan sepakan penalti terbabit perlu diambil semula.

Mengulas lanjut, Hafizul Hakim yang melaporkan diri bersama skuad kebangsaan kelmarin bagi persediaan menghadapi Piala AFF berkata, dia tetap akan menggunaka­n cara itu selagi dibenarkan pengadil perlawanan.

“Selagi dibenarkan pengadil, saya akan teruskan. Jika pengadil cakap tak boleh baru tak buat, kalau okey, saya teruskan,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia