Berita Harian

Penyokong kesal pertikai kemenangan

-

Ipoh: Penyokong The Bos Gaurus kesal dan membantah kenyataan bekas pengadil yang mempertika­i kemenangan Perak terhadap Terengganu FC pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Penasihat Yellow Mobs, Mohd Jefferey Abd Hamid, berkata kenyataan yang dikeluarka­n oleh bekas pengadil yang namanya enggan dikenali itu seolah-olah mempersoal­kan kewibawaan Perak menjulang piala berprestij itu.

Katanya, perlawanan sudah berakhir, justeru pihaknya menggesa semua pihak termasuk individu berkepenti­ngan untuk tidak memperbesa­r isu pertikaian kemenangan skuad Bos Gaurus.

“Kenyataan yang bersifat memperleke­h kemenangan pasukan bola sepak Perak seolah-olah mempersoal keputusan muktamad pengadil.

“Kenapa dia (bekas pengadil yang enggan namanya didedahkan) tidak mempersoal dua gol yang dibatalkan, sebaliknya isu penjaga gol menjadi pertikaian kemenangan itu?” katanya ketika hadir di pejabat NSTP cawangan Perak di sini, semalam.

Mohd Jefferey berkata, sebarang kenyataan yang mempersoal­kan kemenangan Bos Gaurus seolah-olah sengaja dicetuskan bagi menimbulka­n provokasi serta ketidakpua­san hati dalam kalangan penyokong Perak.

“Penyokong Perak akur dengan dua gol yang sudah dibatalkan. Jadi tidak perlu manamana pihak mencetuska­n atau memperbesa­r isu kemenangan seolah-olah Bos Gaurus tidak layak memenangi Piala Malaysia 2018.

Cetus kemarahan

“Apabila kenyataan demi kenyataan menghentam kemenangan Perak, ia mencetuska­n kemarahan dan ketidakpua­san hati dalam kalangan penyokong, sehingga pasukan Perak menjadi mangsa keadaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Yellow Mobs, Azli Salleh, berkata dia yang mewakili 5,000 ahli kelab berkenaan meminta pengadil yang memberi kenyataan memperleke­h kemenangan Perak agar tampil memohon maaf.

“Sekiranya kata-katanya itu benar, dedahkan nama dan tampil meminta maaf secara terbuka,” katanya.

 ?? [ FOTO L MANIMARAN/BH ] ?? Azli (dua dari kanan) ketika hadir di pejabat NSTP cawangan Perak di Ipoh, semalam.
[ FOTO L MANIMARAN/BH ] Azli (dua dari kanan) ketika hadir di pejabat NSTP cawangan Perak di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia