Berita Harian

‘Tak hargai lambang keagungan’

-

Ipoh: Beberapa bekas pemain Perak kesal dengan cara Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim meraikan trofi Piala Malaysia di celah kangkangny­a sehingga tular di media sosial.

Mereka mendakwa melihat beberapa gambar yang viral menerusi Facebook dan WhatsApp menunjukka­n Hasnul meletakkan piala itu di celah kangkang ketika berehat di tepi sebuah kolam renang.

“Macam tak ada nilai dibuatnya. Bawa piala itu merata dan letak ikut suka sahaja.

“Pemain bersusah payah untuk memenangin­ya tetapi ada pegawai yang seperti tidak menghargai usaha serta memahami perit jerih yang diharungi pemain,” kata seorang bekas pemain yang enggan dikenali.

Status tinggi

Menurut pemain itu, trofi yang menjadi lambang keagungan bola sepak negara itu mempunyai status terlalu tinggi dan besar ertinya kepada setiap pemain.

“Piala Malaysia ini tidak ternilai. Ia lambang keagungan bola sepak negara. Tidak cukup syarat jika seseorang pemain tidak julang Piala Malaysia,” katanya.

Seorang lagi pemain berkata, piala itu sepatutnya disimpan di tempat selamat dan sesuai seperti di pejabat PAFA atau Pejabat Menteri Besar dan bukan diusung meratarata tanpa sebab.

Katanya trofi itu juga sepatutnya dijaga dengan baik kerana akan dipersemba­hkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta diarak ke seluruh negeri selepas ini.

“Saya ingat ketika Perak muncul juara pada 1998, mendiang Karl Heinz Weigang ketika itu tidak membenarka­n langsung orang ramai menyentuhn­ya.

“Hanya pemain dan pegawai pasukan dibenarkan mengusap piala. Orang ramai boleh tengok sahaja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia