Berita Harian

29 pelan pacu ekonomi digital

Langkah bantu jadikan Sarawak negeri maju berpendapa­tan tinggi

- Oleh Norsyazwan­i Nasri

Kota Samarahan: Sarawak berusaha membangunk­an ekonomi digital yang mampan menerusi inisiatif digital, Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 yang dikawal selia Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Yang di-pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, berkata melalui inisiatif yang dirancang itu, terdapat 29 pelan tindakan bagi sektor ekonomi membabitka­n bidang pertanian, Industri Pengeluara­n 4.0, pelanconga­n, bandar pintar, kesihatan digital, e-dagang, kerajaan digital dan sosial yang perlu dimanfaatk­an.

Beliau berkata, inisiatif itu turut mencakupi 18 strategi pemangkin merangkumi infrastruk­tur digital, iaitu kemahiran digital dan pembanguna­n bakat, kajian dan pembanguna­n ekonomi digital, inovasi digital dan keusahawan­an, digital dan data keselamata­n siber dan rangkuman digital.

“Kita percaya semua tindakan strategi ini akan memacu Sarawak ke dalam ekonomi digital, dan menjadi barisan hadapan dalam dunia digital sekali gus membantu mencapai wawasan Sarawak sebagai negeri maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2030,” katanya.

4,103 graduan peroleh ijazah

Beliau yang juga Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata demikian ketika menghadiri di Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DETAR) UNIMAS, di sini, kelmarin.

Pada majlis konvokesye­n itu, seramai 4,103 graduan memperoleh ijazah masing-masing dalam pelba- gai peringkat pengajian daripada Ijazah Doktor Falsafah (Phd), Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda.

Abdul Taib turut menyampaik­an anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi Pembanguna­n kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg merangkap Pro-canselor UNIMAS sebagai menghargai sumbangan beliau mentransfo­rmasikan Sarawak dari ekonomi konvension­al kepada ekonomi digital.

Mengulas lanjut, Abdul Taib berkata, bagi merealisas­ikan perubahan ke arah ekonomi digital, ahli akademik dan graduan, khususnya dalam kalangan warga UNIMAS harus memupuk semangat inovasi yang tinggi dalam diri.

“Kita yakin sekiranya tradisi ini digabungka­n dengan inovasi hari ini, Sarawak akan dikenali sebagai sebuah negeri yang bukan sahaja hebat dalam ekonomi digital, malah menjadi pendukung kuat Revolusi Industri 4.0 dan Pendidikan 4.0.

“Justeru, peranan UNIMAS dalam menjayakan agenda besar ini amat dituntut, khususnya dalam mewujudkan budaya penyelidik­an translasi yang berorienta­sikan ekonomi digital yang mampu memberi impak jangka masa panjang kepada pembanguna­n Sarawak,” katanya.

 ?? [ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/BH ] ?? Abdul Taib menyampaik­an anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi Pembanguna­n kepada Abang Johari pada
Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 di Dewan
Tunku Abdul Rahman Putra (DETAR) UNIMAS, di Kota Samarahan, kelmarin.
[ FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/BH ] Abdul Taib menyampaik­an anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi Pembanguna­n kepada Abang Johari pada Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DETAR) UNIMAS, di Kota Samarahan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia