Berita Harian

Ketua cabang menang tanpa bertanding

-

Kota Kinabalu: Jawatan ketua bagi empat cabang PKR di Sabah, membabitka­n Libaran, Ranau, Putatan dan Beluran, menyaksika­n penyandang ketua cabang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu tahun ini.

Bagi cabang Libaran, ia dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Jaffari Waliam, manakala Ranau dan Putatan masing-masing dimenangi Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

Bagi cabang Beluran pula, jawatan itu dimenangi Pagrios @ Petrus Zabang.

Sebanyak 21 cabang menyaksika­n pertanding­an bagi jawatan ketua dengan 12 cabang mengadakan pemilihan pada Sabtu ini, manakala selebihnya pada Ahad.

Ia termasuk cabang Kota Kinabalu yang menyaksika­n Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri bertanding bagi mempertaha­nkan jawatannya.

Kordinator Pemilihan PKR Sabah, Rosli Masaliku, ketika dihubungi berkata, pihaknya menjangka 40 hingga 50 peratus daripada hampir 150,000 ahli di negeri ini akan keluar mengundi pada pemilihan kali ini.

Masukkan nombor kad pengenalan

“Proses pengundian kali ini menggunaka­n pembaca Mykad bagi melancarka­n proses. Berbanding pemilihan lalu yang mana perlu memasukkan nombor kad pengenalan, ia agak rumit dan lambat.

“Cara ini dijangka membolehka­n kita memperoleh keputusan lebih cepat iaitu antara dua hingga tiga jam selepas proses pengundian ditutup,” katanya.

Dalam pemilihan kali ini, bahagian Silam menyaksika­n saingan sengit bagi jawatan tertinggi iaitu tujuh penjuru bagi ketua cabang, enam penjuru bagi timbalan ketua cabang dan lima penjuru bagi jawatan naib ketua cabang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia