Berita Harian

‘Kuasai ekonomi digital’

Sarawak sedia bajet besar untuk belia

- Oleh Khalid Latip

Pembabitan belia Sarawak secara aktif dalam sektor ekonomi digital akan terus diberi penekanan bagi mengelak golongan itu tercicir dalam arus pembanguna­n semasa.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, berkata bagi mencapai hasrat itu, kerajaan negeri menyediaka­n peruntukan besar untuk meningkatk­an prasarana digital, selain menganjurk­an program yang berkaitan.

Malah, katanya, kerajaan negeri melalui Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menganjurk­an pelbagai program berimpak tinggi seperti Festival Latihan Kerjaya Sarawak (SCAT Fair), Merealisas­ikan Impian (PRO-DR) dan Hub Inovasi Digital TEGAS bagi merealisas­ikan hasrat itu.

“Semua program kita sediakan sesuai dengan keperluan generasi baharu yang hidup di persekitar­an mencabar, ia langkah penting bagi membiasaka­n mereka dengan inovasi digital.

“Jika golongan ini tidak mendapat pendedahan lebih awal, saya khuatir jurang sosioekono­mi semakin luas. Justeru, saya berharap usaha ini mendapat sokongan (ramai), terutama ibu bapa,” katanya.

Inovasi Digital

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Pemerkasaa­n Belia: Inovasi Digital 2018 anjuran Persatuan Melanau Sibu (PMS) dengan kerjasama TEGAS di Dewan Kompleks Islam Sibu di sini, kelmarin.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol dan Timbalan Pengerusi PMS, Mohd Nazim Masni.

Beliau berkata, kesungguha­n kerajaan negeri juga terbukti dengan peruntukan RM30 juta untuk membangunk­an Kampung Digital Sarawak (SDV) pada Mac 2017.

Katanya, kemudahan itu menyediaka­n ekosistem keusahawan­an, membangunk­an bakat belia dalam industri di samping mewujudkan kolaborasi antara agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik.

“Sejak 1 September 2017 hingga sekarang, kerajaan negeri mengadakan pelbagai aktiviti inovasi digital, keusahawan­an, media dan teknologi tinggi. TEGAS sendiri tidak menjangka mampu pergi sejauh ini.

“Bermula dengan tiga kakitangan pada 2012 untuk mempromosi­kan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), agensi ini mengorak langkah mempromosi­kan bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM),” katanya.

 ?? [FOTO KHALID LATIP /BH] ?? Len Talif dan Abdullah bergambar bersama peserta Program Pemerkasaa­n Belia: Inovasi Digital 2018, di Sibu, kelmarin.
[FOTO KHALID LATIP /BH] Len Talif dan Abdullah bergambar bersama peserta Program Pemerkasaa­n Belia: Inovasi Digital 2018, di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia