Berita Harian

Wei Shien harap Rafizi menang

-

Julau: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien mengakui mula didekati Rafizi Ramli untuk menyertai pasukan calon Timbalan Presiden PKR itu menjelang pemilihan PKR di Sarawak, pada 10 November ini.

Wei Shien turut berharap kemenangan berpihak kepada Rafizi yang menyaksika­n calon itu berdepan dengan saingan Timbalan Presiden parti itu ketika ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Pemilihan (PKR) ini adil, kita tunggu dan lihat nanti, semoga calon terbaik akan menang,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Wei Shien berkata, beliau melihat Rafizi calon terbaik bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, malah akan berusaha memastikan kemenangan besarnya di Sarawak.

“Saya melihat latar belakangny­a dan membuat keputusan bahawa beliau sememangny­a boleh diberikan sokongan padu untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Rekod baik

“Saya percaya sebagai pemimpin kita perlukan seorang yang ada visi, integriti dan rekod baik, selain keupayaan dalam menyokong kepimpinan parti. Bagi saya, Rafizi ada semua ciri berikut,” katanya.

Mengenai kempen di Julau, Wei Shien berkata, pihaknya giat bergerak ke akar umbi untuk meraih sokongan ahli, selain perlu menerangka­n proses pengundian menggunaka­n e-undi kerana masih ramai tidak tahu mengenai sistem berkenaan.

“Sistem e-undi berkenaan telus kerana setiap kad pengenalan ahli akan disemak, sebelum Kod QR diberikan kepada ahli untuk mengundi di tablet disediakan.

“Isunya kini bukan mengenai sistem, tetapi lebih kepada kawalan ahli bagi memastikan keadaan ketika pengundian terkawal,” katanya.

Mengenai isu bantahan terhadap pertambaha­n ahli di Julau dibangkitk­an oleh Ketua Cabang PKR Julau, Semana Sawang, Wei Shien berkata, perkara itu tidak lagi timbul kerana Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sendiri mengesahka­n senarai nama keanggotaa­n itu adalah senarai akhir.

 ?? [FOTO HARUN YAHYA /BH] ?? Wei Shien ketika menghadiri sebuah majlis dekat sebuah rumah panjang di Pakan.
[FOTO HARUN YAHYA /BH] Wei Shien ketika menghadiri sebuah majlis dekat sebuah rumah panjang di Pakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia