Berita Harian

Datuk 8 cucu bangga kini boleh membaca, mengira

Abdul Kali tekad belajar di kelas dewasa

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Usianya sudah mencecah 71 tahun, namun ia bukan halangan buat Abdul Kali untuk belajar membaca dan mengira dengan mengikuti Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi (KEDAP).

Datuk kepada lapan cucu itu mengikuti KEDAP tiga kali seminggu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Libaran, Sandakan dan mengakui mulanya sukar memahami apa yang diajar, namun lamakelama­an dapat menerimany­a dengan baik.

Abdul berkata, sebelum ini dia langsung tidak tahu membaca, menulis dan mengira beriku tan kesempitan hidup keluarga, namun kelas KEDAP yang dihadiriny­a dapat membantu mengetahui pendidikan asas itu.

Bantu kehidupan seharian

“Walaupun hanya belajar perkara asas, sekurangku­rangnya boleh menggunaka­n ilmu ini untuk kehidupan seharian.

“Saya menjadi pelajar KEDAP bersama seorang lagi menantu perempuan. Kami berjalan kaki kirakira satu hingga dua kilometer sahaja ke SK Pulau Libaran,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Sijil Tamat Belajar KEDAP di sini, semalam.

Seramai 324 pelajar KEDAP daripada 12 sekolah di seluruh negeri menerima sijil tamat belajar yang disempurna­kan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Mohammad Mohamarin mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Seorang lagi graduan KEDAP, Lomas Asok, 42, berkata dia sanggup berjalan kaki ke SK Simpang, Tenom yang terletak kirakira lima kilometer dari rumahnya di Kampung Tinura.

“Jarak bagi saya bukan masalah kerana niat utama mahu menuntut ilmu, malah ada kalanya suami menghantar ke kelas jika tidak pergi ke kebun untuk menoreh getah.

“Jika sebelum ini saya tidak boleh membaca dan mengira, sekarang segalagala­nya beru bah, malah sudah dapat memantau kerja sekolah anak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie menerusi teks ucapan dibacakan Mohammad, memuji semangat ditunjukka­n pelajar KEDAP, walaupun ramai sudah mencapai usia emas dan tidak berputus asa menghabisk­an pembelajar­an di sekolah masingmasi­ng.

 ?? [ FOTO MALAI ROSMAH TUAH / BH ] ?? Abdul Kali menunjukka­n sijilnya pada Majlis Penyampaia­n Sijil Tamat Belajar Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu.
[ FOTO MALAI ROSMAH TUAH / BH ] Abdul Kali menunjukka­n sijilnya pada Majlis Penyampaia­n Sijil Tamat Belajar Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia