Berita Harian

Kemudahan tambahan orang utan di LKWP

-

Kota Kinabalu: Projek Pendidikan Alam Sekitar dan Haiwan (APE) Malaysia dan Orangutan Species Survival Plan (Orangutan SSP) berjaya menyiapkan beberapa kemudahan tambahan untuk orang utan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi (LKWP).

Antaranya ialah buaian, guni balak, jambatan hos pemadam api sepanjang 7.5 meter dan tali baharu untuk orang utan memanjat dan bergayut sepanjang 180 meter.

Kemudahan itu disiapkan dalam masa dua hari menerusi program inisiatif APE Malaysia bagi membantu Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) meningkatk­an kebajikan haiwan di taman berkenaan.

Veterinar LKWP, Dr Symphorosa Sipangkui, berkata perubahan untuk memberi keselesaan kepada hidupan liar di taman berkenaan boleh dilakukan dengan mudah, selain tidak mengambil tempoh lama.

“Saya gembira dengan perubahan dilakukan untuk orang utan. Pemasangan kemudahan itu menunjukka­n kerja menaik taraf dan penambahba­ikan boleh dijalankan dengan mudah dan ringkas.

Dirancang dengan teliti

“Orang utan sangat tertarik dan terus melihat kemudahan baharu itu, malah mencuba setiap buaian. Ia sesuatu yang menggembir­akan melihat mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Bagi sukarelawa­n APE Malaysia, Fareea Ma, berkata setiap peralatan yang ditambah baik direka dan dirancang dengan teliti bagi menggalakk­an orang utan mengamalka­n kelakuan semula jadi haiwan berkenaan.

Katanya, menyediaka­n tali mencukupi untuk orang utan bergayut, selain buaian bagi menggantik­an tabiat semula jadi mereka membina sarang sangat penting bagi membolehka­n haiwan itu menjalani kehidupan yang menjadi kebiasaann­ya.

Sementara itu, Pengurus Projek APE Malaysia, Mark Louis Benendict, berkata pembanguna­n pesat di negeri ini menyebabka­n kawasan dilindungi untuk melepaskan hidupan liar menjadi semakin terhad.

“Saya berpendapa­t penubuhan taman seperti LKWP sebagai satu cara mendidik generasi akan datang supaya menghargai dengan sebaiknya alam sekitar kita.

“Jika kita mempunyai haiwan yang sihat dalam satu persekitar­an kondusif untuk haiwan itu, kita boleh menggunaka­nnya sebagai contoh dan membangunk­an rasa belas kasihan dalam setiap kanakkanak terhadap hidupan liar dan alam sekitar,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga dilaporkan berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan haiwan di LKWP.

Memberi maklum balas susulan isu tular terbaru di media sosial mengenai keadaan haiwan dalam taman berkenaan yang didakwa terabai, Augustine berkata, usaha menaik taraf kemudahan kurungan dan kebajikan haiwan di zoo terbabit giat dijalankan.

 ?? [ FOTO IHSAN JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH ] ?? Projek Pendidikan Alam Sekitar dan Haiwan (APE) Malaysia bersama Orangutan Species Survival Plan (Orangutan SSP) berjaya menyiapkan beberapa kemudahan tambahan untuk orang utan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi (LKWP).
[ FOTO IHSAN JABATAN HIDUPAN LIAR SABAH ] Projek Pendidikan Alam Sekitar dan Haiwan (APE) Malaysia bersama Orangutan Species Survival Plan (Orangutan SSP) berjaya menyiapkan beberapa kemudahan tambahan untuk orang utan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi (LKWP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia