Berita Harian

‘Apa dosa anak saya?’

Ibu dakwa tidak setuju bayaran asuhan dinaikkan punca bayi didera

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

laman sosial ‘facebook’ selepas menawarkan perkhidmat­an asuhan kanak-kanak dengan yuran sebanyak RM200 sebulan.

Permintaan keterlalua­n

“Saya dan suami bertemu dengan wanita itu (suspek) dan kami bersetuju dengan tawaran yang diberikan. Namun selepas beberapa hari menghantar anak, dia meminta yuran asuhan dinaikkan sehingga RM700.

“Kami tidak bersetuju dengan permintaan­nya yang keterlalua­n dengan memberi alasan makan dan minum anak serta sering lewat mengambil anak menjadi punca yuran asuhan dinaikkan.

“Yuran asuhan memang belum dijelaskan kerana anak kami baru diasuh tiga minggu lalu dan alasan diberikan suspek kami tidak membayar upah kepadanya adalah tidak benar,” katanya ketika ditemui di perkaranga­n Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini kelmarin.

Katanya, pada hari kejadian, suspek dalam keadaan cemas menghantar pesanan suara menerusi aplikasi ‘whatsapp’ yang mengatakan anaknya menangis tanpa henti.

Menurutnya, beliau dan suami yang berusia 21 tahun kemudian bergegas dari tempat kerja menaiki motosikal untuk mengambil anaknya namun terkejut melihat mangsa dalam keadaan tidak bernafas dan pucat.

“Saya dan suami dalam keadaan tidak tentu arah namun bersyukur kerana ada seorang lelaki sudi menghantar kami ke HUS untuk rawatan lanjut dengan menaiki keretanya.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika itu kerana apa yang penting anak saya segera dihantar dan menerima rawatan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n pemantauan rapi doktor, anaknya kini masih memerlukan bantuan alat pernafasan namun jangkitan kuman pada paru-paru sudah pulih.

Katanya, beliau dan suami kini berdoa agar anaknya kembali pulih seperti sedia kala dan akan lebih berhati-hati selepas ini untuk menghantar anak mereka ke rumah pengasuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superinten­dan Aidil Bolhasaan berkata, polis masih meneruskan siasatan lanjut terhadap suspek dan berkemungk­inan tempoh reman yang akan berakhir esok akan dilanjutka­n.

“Polis perlu melengkapk­an siasatan dengan mendapatka­n keterangan daripada ibu bapa mangsa namun setakat ini tiada sebarang tangkapan baharu dibuat,” katanya.

Akhbar NSTP semalam melaporkan, bayi lelaki berusia 14 tahun kini koma selepas didera pengasuhny­a selain tidak diberikan makan dan minum sepanjang asuhan sejak tiga minggu lalu.

 ?? [ FOTO EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE / BH ] ?? Ahli keluarga bayi yang koma selepas didera pengasuh menunggu di pekarangan unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.
[ FOTO EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE / BH ] Ahli keluarga bayi yang koma selepas didera pengasuh menunggu di pekarangan unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia