Berita Harian

Keprihatin­an guru selamatkan murid

-

Miri: Seorang guru dari sebuah sekolah rendah di bandar raya ini membuat laporan polis selepas mengesyaki seorang muridnya didera ibu kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, tindakan berkenaan dibuat selepas penemuan kesan kecederaan mencurigak­an pada tubuh anak muridnya itu.

Cedera di bahagian badan

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, berkata murid perempuan Tahun 4 itu cedera pada bahagian belakang sebelah kiri badannya dipercayai dipukul menggunaka­n rotan

Katanya, terdapat juga kesan calar berhampira­n lutut kanakkanak yang berusia 10 tahun itu dipercayai akibat dipukul ibu kandungnya, malam Ahad lalu.

“Kita sudah menerima laporan mengenai kes itu daripada guru pelajar berkenaan dan siasatan lanjut akan dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes itu sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai bukan kali pertama berlaku terhadap murid berkenaan.

Lebih menyedihka­n, adik mangsa berusia lapan tahun yang belajar di sekolah sama turut dikatakan didera ibu mereka.

Atas faktor keselamata­n, guru terbabit bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Lutong di sini, kira-kira jam 9 pagi kelmarin.

Difahamkan, guru terbabit pernah berjumpa dengan ibu mangsa tahun lalu dan wanita itu menjelaska­n sukar menga- wal kemarahann­ya.

Guru berkenaan turut memaklumka­n bahawa murid terbabit sering datang berjumpa dengannya untuk mendapatka­n kaunseling.

 ?? [ FOTO KANDAU SIDI / BH ] ?? yang didera ibunya di Miri.
[ FOTO KANDAU SIDI / BH ] yang didera ibunya di Miri.
 ??  ?? Kesan calar di badan mangsa
Kesan calar di badan mangsa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia