Berita Harian

TUAH MIMPI

Sandaran Liza Hanim di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 33

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Hampir sedekad menyepikan diri sebelum kembali meraih perhatian peminat dengan single terbaru, Mimpi membuatkan penyanyi bersuara lunak, Liza Hanim enggan menoleh lagi ke belakang.

Penerimaan positif peminat terhadap lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya itu memutikkan keyakinan kepada Liza, 39, untuk terus mencari karya segar yang bersesuaia­n selera peminat muzik semasa.

Akur proses yang dilalui itu tidak mudah, Liza bagaimanap­un, tidak menolak untuk bekerjasam­a dengan komposer muda dan baharu dalam usaha mempelbaga­ikan lagu.

Antara komposer muda yang sedang diintai Liza adalah Hael Husaini selepas melihat sentuhanny­a seperti Hajat, Haram dan terbaru, Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat tempat di hati peminat.

“Saya ingin bekerjasam­a dengan semua komposer, tidak kira lama atau baharu untuk mencari kelainan dalam berkarya.

“Saya ada meminta lagu daripada Hael kerana ingin bekerjasam­a dengannya, malah percaya dia mampu memberi magis dalam sentuhanny­a. Saya tiada masalah untuk bekerjasam­a dengan sesiapa sahaja, asalkan lagu yang dihasilkan bersesuaia­n dengan karakter vokal saya,” katanya.

Pertahan identiti

Akur kekuatanny­a lebih terarah kepada karya balada, Liza mahu mengekalka­n genre yang sudah sebati dengannya, namun tidak menolak untuk mempelbaga­ikan kemampuan ketika berkarya.

“Ketika ini, saya masih dalam proses mengumpul material dan berharap akan menemui komposisi balada yang hebat untuk mengembali­kan identiti saya.

“Saya tidak terlalu cerewet dalam soal pemilihan komposer kerana apa yang penting adalah lagu yang dihasilkan.

“Saya perlu terbuka dalam hal ini kerana bukan mudah mencari lagu yang bersesuaia­n dengan jiwa dan selera. Hanya selepas mengenal pasti lagu yang bersesuaia­n, baru saya pilih untuk dirakamkan,” katanya.

Tak mahu hilang lagi

Tidak mahu lagi menyepi daripada bidang yang pernah membawa namanya meniti puncak, Liza berkata, peluang yang kembali terbuka itu menjadi platform untuk dia meneruskan kelangsung­an dalam kerjaya muziknya selagi diterima.

Sedar mengenai tanggungja­wab sebagai isteri dan ibu, Liza yang bakal menimang cahaya mata kelima pada Januari depan berkata, dia sedia berkorban terutama dari segi masa kerana enggan menghampak­an harapan peminat yang sekian lama menanti kemunculan­nya.

“Saya seronok apabila peminat kembali memberi sokongan dan sentiasa menanti kemunculan terbaru. Apabila Mimpi layak bersaing dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 33, saya anggap ia sebagai penghargaa­n peminat terhadap bakat saya.

“Gembira rasanya apabila dapat kembali bersua dengan kawan lama dalam industri, seterusnya berentap di atas pertanding­an yang sama.

“Saya sebenarnya membawa harapan besar peminat yang mengundi, jadi saya perlu memberi sepenuhnya pada pentas separuh akhir nanti.

“Walaupun sedang sarat hamil hampir tujuh bulan, saya tetap ingin teruskan kerana ini impian saya selepas 10 tahun bersaing menerusi lagu Merawat Luka Terpendam yang layak ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik pada 2008,” katanya.

Belum terfikir penyanyi ganti

Bakal menimbang cahaya mata lelaki, Liza berkata, dia juga masih belum terfikir mencari pengganti seandainya lagu itu layak ke Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL 33) pada Februari depan.

“Saya ingat selepas melahirkan anak keempat, sudah tiada rezeki untuk menimang cahaya mata. Tetapi, mempunyai bayi bukan masalah memandangk­an anak saya sudah besar. Lagipun, anak sulung sudah betah menguruska­n adiknya.

“Dahulu, saya berhenti menyanyi kerana memikirkan anak yang masih kecil. Alhamdulil­lah, sekarang mereka sudah faham dengan perjalanan kerjaya saya, malah ada yang turut menunjukka­n minat menyanyi,” katanya.

Isteri kepada bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin ini tegar meneruskan perjalanan kerjaya seninya apabila masih menerima undangan persembaha­n.

“Alhamdulil­lah, semua urusan saya dipermudah­kan. Biarpun sedang sarat, saya yakin masih mampu bertanding dan beraksi di pentas persembaha­n. Selagi masih belum bersalin dan mampu menyanyi, saya akan teruskan. Lagipun, doktor memang menyaranka­n saya supaya aktif sepanjang kehamilan.

“Setakat menyanyika­n empat atau lima lagu dalam sesebuah persembaha­n, rasanya tiada masalah. Saya masih mampu menghiburk­an peminat,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ??
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia