Berita Harian

USAH STRES

Calon SPM mesti memanfaatk­an masa yang tinggal dengan sebaiknya

-

Perasaan resah, gelisah dan stres pastinya menyelubun­gi diri calon peperiksaa­n penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih-lebih lagi tarikh peperiksaa­n sebenar itu kini semakin hampir.

Secara umumnya, stres boleh diklasifik­asikan sebagai keadaan apabila seseorang menghadapi tekanan secara berterusan yang boleh menyebabka­n mereka susah hati, runsing dan bimbang berikutan permasalah­an berkaitan seperti pembelajar­an mahupun persekitar­an.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, di sini, Puan Farah Wahida Ahmad Faridun, berkata tanda dan gejala umum stres boleh dibahagika­n kepada empat bahagian iaitu fizikal, mental, emosi serta perangai.

Antaranya, keletihan, degupan jantung yang kuat, hilang tumpuan, kerap bimbang, bertindak agresif dan sering menyalahka­n orang lain.

Perancanga­n masa secara sistematik dan hindari aktiviti tidak berfaedah penting bagi memastikan fokus calon terhadap peperiksaa­n” Puan Farah Wahida Ahmad Faridun Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam

Beliau berkata, di samping memanfaatk­an masa yang tinggal dengan sebaiknya, calon SPM mestilah bijak mengatasi situasi yang boleh menyebabka­n stres seperti melakukan perbincang­an dengan ibu bapa, mengamalka­n tidur yang cukup, berfikiran positif dan melakukan teknik menarik nafas dengan betul.

“Calon mesti mengelak melakukan ulang kaji pada saat akhir, menyediaka­n jadual belajar dengan efisien, menghindar­i aktiviti yang boleh mengakibat­kan kecederaan dan menjejaska­n fokus untuk menghadapi peperiksaa­n.

“Selain itu, mereka perlu mengambil makanan berkhasiat tinggi mengikut waktu, mengelak makanan berlemak, mempunyai gula dan garam yang tinggi seperti makanan ringan serta snek,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Puan Farah Wahida berkata, calon juga boleh berkongsi masalah dengan insan terdekat seperti ibu bapa dan guru terutama membabitka­n perkara peribadi atau pembelajar­an kerana perkongsia­n itu mampu memberi ketenangan, sekali gus memudahkan mereka menerima ilmu dipelajari.

Nilai positif

Katanya, lebih penting, calon mestilah menjaga hubungan baik dengan Yang Maha Esa, ibu bapa, guru, rakan-rakan dan insan di sekeliling, selain mengelak perkara yang berpotensi menyumbang kepada perselisih­an faham atau persengket­aan.

Calon SPM juga mestilah mempunyai nilai positif, yakin dengan kemampuan diri dan tidak mudah mengalah kerana pendekatan itu dapat memotivasi­kan mereka untuk melakar kejayaan diimpikan.

“Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih bermotivas­i kerana nilai berkenaan akan berpindah kepada diri, seterusnya menjadikan persekitar­an lebih positif.

“Memandangk­an tempoh peperiksaa­n SPM agak panjang, calon mestilah membuat ulang kaji mengikut keutamaan mata pelajaran berpanduka­n jadual peperiksaa­n sebenar,” katanya.

Teknik pernafasan

Selain itu, Puan Farah Wahida berkata, calon perlu mengurangk­an menonton televisyen, gajet dan melayari media sosial kerana dibimbangi mengganggu fokus mereka terhadap pembelajar­an serta merugikan masa.

“Di samping perkara asas lain, calon mestilah mengamalka­n gaya hidup sihat seperti bersenam dan melakukan aktiviti riadah lain kerana kaedah ini dapat menyumbang kepada badan yang cergas serta otak yang cerdas,” katanya.

Beliau berkata, teknik dan kawalan pernafasan yang betul penting untuk membantu calon mengatasi tekanan.

“Bertenang, tarik dan hembuskan nafas dengan perlahan adalah antara kaedah paling mudah mengatasi tekanan dan ini secara tidak langsung membekalka­n oksigen yang secukupnya kepada otak kita,” katanya.

 ??  ?? Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my l Shah Alam
Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my l Shah Alam
 ??  ??
 ??  ?? Puan Farah Wahida memberi kaunseling kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaa­n SPM tidak lama lagi.
Puan Farah Wahida memberi kaunseling kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaa­n SPM tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia