Berita Harian

Sudah kumpul 24 beg cebisan mayat

Pesawat sudah tunjuk petanda awal ketika penerbanga­n Bali-jakarta

-

Dalam suasana pilu, ada juga persoalan timbul, apakah semua 189 penumpang yang dilaporkan nahas masih boleh terselamat andai syarikat penerbanga­n Lion Air menggunaka­n pesawat lain ke destinasi dijadualka­n tempoh hari.

Hujah ini mungkin berlegar dalam minda pihak berkuasa selepas penerbanga­n Lion Air, Boeing 737 MAX yang menjunam dan terhempas ke laut di Indonesia dikatakan terbang dalam keadaan tidak menentu, sehari sebelumnya.

Situasi ini dilaporkan berlaku pada Ahad lalu selepas ia mengalami ‘masalah teknikal’, kata laman pengesan penerbanga­n, Flightrada­r24.

Beberapa minit sejurus berlepas dari Denpasar, Bali malam Ahad lalu, jet terbabit mencatat variasi ketinggian dan kelajuan udara yang luar biasa termasuk turun 270 meter dalam masa 27 saat, ketika ia sepatutnya naik sebelum berjaya distabilka­n dan terbang ke Jakarta.

Bagaimanap­un, juruterban­g berjaya mengekalka­n pesawat pada ketinggian maksimum 8,534 meter berbanding 10,972 meter di laluan yang sama awal minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air, Edward Sirait memberitah­u wartawan Isnin lalu, masalah teknikal dikesan pada penerbanga­n Denpasarja­karta itu tetapi berjaya diatasi ‘mengikut prosedur’.

Penumpang kongsi pengalaman

Dua penumpang pesawat berkenaan yang berkongsi pengalaman di Instagram berkata mereka bimbang dengan masalah sistem penghawa dingin dan lampu kabin sebelum pesawat berlepas hampir tiga jam lewat.

“Saya marah kerana sebagai penumpang yang membayar tiket, kami punya hak untuk mempersoal­kan keselamata­n pesawat,” kata salah seorang penumpang yang juga pengacara TV, Conchita Caroline.

Caroline turut mendengar bunyi enjin yang pelik ketika berlepas dan berterusan ketika penerbanga­n.

Tidak dapat dipastikan sama ada masalah kabin itu ada kaitan dengan masalah teknikal yang dinyatakan CEO syarikat penerbanga­n terbabit.

Pesawat itu mendarat pada jam 10.55 malam (waktu tempatan) Ahad lalu, memberikan jurutera masa kirakira enam jam setengah untuk membuat pemeriksaa­n sebelum pesawat malang itu dijadualka­n untuk penerbanga­n JakartaPan­gkal Pinang pada jam 6.20, pagi Isnin lalu.

Flightrada­r24 turut melaporkan kelajuan dan ketinggian udara yang luar biasa beberapa minit selepas penerbanga­n JT610 berada di udara pada hari kejadian.

Gambargamb­ar yang didakwa sebagai log teknikal dan penyelengg­araan susulan penerbanga­n Ahad lalu juga mula tular di media sosial. Tetapi setakat ini ia belum disahkan oleh syarikat penerbanga­n atau penyiasat.

Sirait enggan menjelaska­n secara terperinci prosedur penyelengg­araan yang diambil, dan memberitah­u Reuters semalam bahawa syarikat penerbanga­n itu sudah menyediaka­n penerbanga­n dan log penyelengg­araan pesawat yang relevan kepada Jawatankua­sa Keselamata­n Pengangkut­an Kebangsaan Indonesia (NTSC).

Belum buat pemeriksaa­n terperinci

Pengerusi NTSC, Soerjanto Tjahjono berkata terdapat persamaan antara log penyelengg­araan yang tular di media sosial dan yang diterima dari Lion Air tetapi beliau belum memeriksan­ya secara terperinci.

Pakar keselamata­n berkata siasatan nahas masih di peringkat permulaan dan terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca nahas.

 ?? [FOTO REUTERS] ??
[FOTO REUTERS]
 ??  ?? Anggota pasukan penyelamat Indonesia menemui serpihan pesawat dan barangan milik penumpang dari penerbanga­n Lion Air JT-610 yang terhempas tempoh hari di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta, semalam.
Anggota pasukan penyelamat Indonesia menemui serpihan pesawat dan barangan milik penumpang dari penerbanga­n Lion Air JT-610 yang terhempas tempoh hari di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Presiden Indonesia,
Joko Widodo turut meninjau operasi mencari dan menyelamat di Pelabuhan Tanjong Priok, Jakarta, semalam. Petugas penyelamat Indonesia menunjukka­n kad pengenalan milik seorang penumpang dari pesawat Lion Air yang terhempas.
Presiden Indonesia, Joko Widodo turut meninjau operasi mencari dan menyelamat di Pelabuhan Tanjong Priok, Jakarta, semalam. Petugas penyelamat Indonesia menunjukka­n kad pengenalan milik seorang penumpang dari pesawat Lion Air yang terhempas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia