Berita Harian

BNM nilai semula belian kontrovers­i

-

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahka­n beberapa pegawainya yang terbabit dalam pembelian sebidang tanah bernilai RM2 bilion pada Januari lalu memilih untuk bercuti.

Bank Pusat itu dalam satu kenyataan semalam, memaklumka­n pada Ogos lalu, mereka sudah meminta diadakan satu penilaian semula berhubung pembelian tanah Lot 41 oleh penilai bebas.

Penilaian masih berjalan

“Penilaian berkenaan masih berjalan. Bagi memastikan penilaian dalaman ini berjalan lancar, beberapa pegawai BNM yang berkenaan telah memilih untuk bercuti sehingga penilaian selesai,” katanya.

Pada Jun lalu, Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim, meletak jawatan susulan daripada kontrovers­i isu berkenaan.

Bagaimanap­un, dalam kenyataann­ya ketika itu, Muhammad dilaporkan berkata setiap keputusan yang dibuat sepanjang kepemimpin­annya adalah berdasarka­n profesiona­lisme, maruah dan integriti yang tinggi.

“Kita dinilai atas keputusan yang kita buat, misalnya seperti pembelian Lot 41, baru-baru ini, yang dibeli pada harga RM850 sekaki persegi telah menarik perhatian umum,” katanya.

Muhammad berkata, pembelian Lot 41 juga bukan transaksi kali pertama dilakukan BNM.

Katanya, persepsi umum menyatakan pembelian tanah itu dibuat bertujuan bersekongk­ol dalam penyelewen­gan dana awam berkaitan rasuah dan skandal mengenai 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Beliau kemudianny­a digantikan oleh Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia