Berita Harian

‘Tak tahu ke mana pergi RM2B’

BNM sedang siasat isu hasil jual tanah: PM

- Oleh Hidir Reduan dan Luqman Arif Abdul Karim

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui ke mana perginya hasil daripada penjualan tanah berharga RM2 bilion kepada Bank Negara Malaysia (BNM) selepas transaksi itu dilakukan.

“Saya hanya tahu tanah itu dijual kepada BNM pada kadar RM2 bilion.

“Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak tahu. Mana perginya wang itu... saya tidak tahu. Jelas sekali seseorang dalam BNM tahu mengenainy­a dan mereka sedang menyiasat isu berkenaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau dikenali Industry4w­rd di Menara Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) di sini, semalam.

Semalam, empat pegawai BNM dilaporkan mendapat arahan untuk ‘direhatkan’ bagi memberi laluan penyiasata­n perolehan sebidang tanah bernilai RM2 bilion pada awal tahun ini.

Pada 4 Januari lalu, BNM dilaporkan membeli sebidang tanah berkeluasa­n 22.5 hektar yang terletak di sebelah Kompleks Sasana Kijang di sini daripada kerajaan bernilai RM2 bilion.

Tanah itu dirancang untuk dibangunka­n sebagai hab pendidikan kewangan terdiri daripada penempatan semula Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF) dan Akademi Penyelidik­an Shariah Antarabang­sa bagi Kewangan Islam (ISRA), selain pembanguna­n kemudahan latihan serta pendidikan masa depan.

Sesuatu jarang berlaku

Pembelian itu dibuat tidak lama selepas 1MDB pada 27 Disember lalu mengumumka­n ia sudah membuat bayaran akhir AS$600 juta kepada Internatio­nal Petroleum Investment Co (IPIC), sebelum tarikh akhir 31 Disember 2017.

Ada pertikaian bahawa adalah sesuatu yang jarang berlaku bagi sebuah agensi kerajaan membeli tanah daripada Kerajaan Persekutua­n, dengan urus niaga berkenaan dijalankan mengikut harga pasaran.

Mengenai gesaan Datuk Seri Najib Razak supaya kerajaan berhenti ‘menuding jari’ kepada bekas perdana menteri itu dan memberikan tumpuan kepada isu ekonomi negara, Dr Mahathir menyifatka­n kenyataan itu sekadar helah untuk mengalih tumpuan.

“Saya nak sertainya dalam meminjam beberapa trilion dolar dan kemudian uruskan bagaimana nak langsaikan hutang itu.

“Kalau beliau boleh beritahu bagaimana, contohnya, bawa keluar wang yang disembunyi­kan, maka kita boleh bayar hutang negara.

“Itu yang sepatutnya beliau katakan, berbanding berterusan cuba mengalih tumpuan daripada masalahnya sendiri,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir memegang buku National Policy on Industry 4.0 pada majlis pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 di MITI, semalam. Yang turut hadir, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking (kiri), timbalanny­a Dr Ong Kian Ming (tengah) dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar (kanan).
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir memegang buku National Policy on Industry 4.0 pada majlis pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 di MITI, semalam. Yang turut hadir, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking (kiri), timbalanny­a Dr Ong Kian Ming (tengah) dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia