Berita Harian

‘Jho Low tak putus asa minta imuniti’

-

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan kontrovers­i yang sedang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low masih belum berputus asa untuk mendapatka­n imuniti.

Dalam bual bicara eksklusif bersama Astro AWANI, malam tadi, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin mendedahka­n kali terakhir Jho Low menghubung­i salah seorang pegawai beliau adalah pada minggu lepas.

“Jho Low tidak menghubung­i saya tetapi menelefon pegawai saya minggu lepas,” kata Daim dalam program Perspektif Tun Daim.

Daim berkata, Jho Low tetap memohon untuk mendapatka­n imuniti bagi membantu mencari aset yang ada kaitan dengan skandal mega antarabang­sa 1 Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

“Dia duit banyak dan dia boleh buat macam-macam. Tukar muka atau sebagainya kita tidak tahu.

“Dia masih cuba, minta macam-macam. Mahu jumpa PM, mahu jumpa saya, mahu jumpa orang itu dan orang ini. Nak mempengaru­hi kita,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menguji dua syarat kepada Jho Low yang sehingga kini gagal dipenuhi ahli perniagaan itu.

“Saya uji dia, saya uji dia dua perkara, bagi satu nama dan balik (ke negara ini).

“Saya bagi tahu pada dia, (kalau) kamu tidak boleh menerima dua syarat itu, mengapa saya perlu bercakap dengan kamu,” kata Daim sambil menambah Low kemudian terdiam dengan dua perkara yang dimintanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia