Berita Harian

Hadi ketuai 10 wakil NGO serah bantahan

-

Kuala Lumpur: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengetuai 10 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahka­n memorandum bantahan terhadap Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) kepada kerajaan.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial), Dr Md Farid Md Rafik di Bangunan Parlimen.

Antara wakil NGO yang turut hadir ketika menyerahka­n memorandum ialah Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahya.

Antara lain, memorandum itu meminta kerajaan berhenti mengeluark­an kenyataan mengeliruk­an mengenai ICERD, jangan sesekali berniat menggugat hak Bumiputera dan Melayu serta meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membincang isu berbangkit dalam masa terdekat.

Terdahulu, lebih 100 wakil pelbagai NGO yang berkumpul di kawasan Tugu Negara, bergerak menuju Bangunan Parlimen jam 10.30 pagi untuk menyerahka­n memorandum berkenaan.

Antara NGO yang mengambil bahagian ialah UMMAH, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Mereka turut memegang sepanduk ‘ICERD adalah Malayan Union 2.0’ dan ‘Jangan Jual Kedaulatan Negara’ sambil melaungkan ‘Bantah ICERD’ dan ‘Allahuakba­r’.

Undang malapetaka

Hadi yang menyertai kumpulan itu di luar Bangunan Parlimen, kemudian masuk ke dalam bangunan itu bersama sekumpulan peserta bantahan untuk menyerahka­n memorandum.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sebarang persetujua­n ratifikasi ICERD disifatkan sebagai ‘mengundang malapetaka’ kepada negara.

Katanya, ratifikasi ICERD boleh memberi impak negatif terhadap rakyat khususnya hak Bumiputera.

“Penolakan dibuat sejak zaman pentadbira­n Barisan Nasional (BN) dan saya harap Pakatan Harapan (PH) pun tolak sebab implikasin­ya sangat besar terhadap sendi utama pembentuka­n negara.

Pandang serius memorandum

“Kalau kita setuju, maknanya kita akur dengan aturan dan tuntutan ICERD. Kita bimbang persetujua­n ini mengundang malapetaka,” katanya di Lobi Parlimen.

Sementara itu, Aminuddin meminta kerajaan memandang serius memorandum berkenaan kerana ICERD seakan-akan cuba mencabar kedaulatan Raja dan Perlembaga­an.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] ?? Peserta himpunan membantah ICERD di hadapan bangunan Parlimen, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] Peserta himpunan membantah ICERD di hadapan bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia