Berita Harian

Arahan audit keselamata­n syarikat penerbanga­n

-

Putrajaya: Kementeria­n Pengangkut­an mengarahka­n Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) melakukan audit keselamata­n terhadap syarikat penerbanga­n yang beroperasi di negara ini.

Menterinya, Anthony Loke, berkata audit dari semasa ke semasa itu penting bagi memastikan syarikat penerbanga­n menitikber­atkan aspek keselamata­n dan mematuhi segala piawaian yang ditetapkan.

Katanya, CAAM juga akan memastikan setiap syarikat penerbanga­n di negara ini mengambil langkah berjaga-jaga terutama membabitka­n apa-apa isu teknikal dihadapi pesawat masing-masing.

Mesti patuhi piawaian

“Semua syarikat penerbanga­n mesti mempunyai piawaian yang perlu dipatuhi pada setiap masa dan ia bukan hanya terpakai selepas berlaku insiden seperti ini (nahas pesawat Lion Air),” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Bersama Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan (NSPC) Yang Pertama di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Loke mengulas nahas pesawat Lion Air penerbanga­n JT610 yang terhempas di perairan Pulau Jawa, Isnin lalu yang mengorbank­an 189 penumpang dan anak kapal.

Beliau berkata, industri penerbanga­n sangat sensitif terhadap piawaian keselamata­n, justeru pihaknya sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian yang paling besar terhadap aspek keselamata­n syarikat penerbanga­n di negara ini.

Katanya, beliau tidak mahu menuding jari kepada mana-mana syarikat penerbanga­n tetapi untuk adil kepada semua, mana-mana syarikat penerbanga­n yang beroperasi di Malaysia perlu memastikan tahap keselamata­n berada pada tahap terbaik.

Ambil iktibar, pengajaran

Loke berkata kementeria­nnya mahu semua pihak khususnya industri penerbanga­n negara mengambil iktibar dan pengajaran daripada tragedi Lion Air.

“Kami mahu semua pihak mengambil langkah khusus untuk memastikan insiden seperti itu tidak berulang. Kita juga akan memantau segala hasil siasatan nahas itu. Setakat ini, kita tidak tahu hasil siasatan dan punca nahas pesawat itu,” katanya.

Mengenai larangan Lion Air terbang di ruang udara Eropah berikutan rekod keselamata­n yang buruk, Loke berkata, beliau dimaklumka­n syarikat penerbanga­n itu pernah dilarang terbang di Eropah tetapi mereka sudah mendapat kebenaran mengenainy­a.

“Kita tidak boleh buat kesimpulan (larangan untuk Lion Air terbang di ruang udara Malaysia) seperti itu. Bagaimanap­un, CAAM akan sentiasa memantau setiap syarikat penerbanga­n yang beroperasi di negara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia