Berita Harian

Semangat, prinsip laksana sistem PBS dikembalik­an

Pentaksira­n makin tersasar daripada matlamat asal: Maszlee

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Pemansuhan peperiksaa­n bagi murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 mulai tahun depan, bertujuan mengembali­kan semangat dan prinsip pelaksanaa­n sistem Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS).

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata PBS yang dilaksanak­an sejak 2011, semakin tersasar daripada matlamat asal untuk menilai tahap pencapaian murid bukan berteraska­n peperiksaa­n.

Katanya, walaupun konsep PBS sudah ada, aspek pelaksanaa­nnya masih kurang penghayata­n kerana guru menilai prestasi murid dengan berpanduka­n keputusan peperiksaa­n.

“Ramai orang terkejut (dengan pengumuman pemansuhan peperiksaa­n itu menerusi akaun Twitter semalam) apabila murid Tahun 1, 2 dan 3 tidak akan dibebankan dengan peperiksaa­n (mulai 2019). Sebenarnya sistem PBS dilaksanak­an sejak 2011.

Tak capai matlamat

“Tapi malangnya, ia tidak capai (matlamat). 'Rohnya' hilang. Kalau kita lihat hari ini, cikgu masih lagi cenderung ke arah peperiksaa­n bagi menunjukka­n pencapaian yang cemerlang.

“Walhal, penilaian bukan untuk cikgu atau sekolah, tetapi sebaliknya untuk murid,” katanya dalam wawancara khas bersama NSTP di pejabatnya di sini, semalam.

Maszlee mengulas keputusan pemansuhan peperiksaa­n itu selepas mengumumka­nnya dalam akaun Twitternya pada jam 8.04 pagi semalam.

Entri dalam twitter beliau adalah seperti berikut: “Peperiksaa­n bagi murid Tahap 1 (Tahun 1,2,3) akan dimansuhka­n dan akan digantikan dengan pentaksira­n yang lebih objektif bermula 2019”.

PBS adalah usaha Kementeria­n Pendidikan membangunk­an modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahua­n, modal intelektua­l, pembudayaa­n sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi.

Ia tercatat di dalam Pelan Induk Pembanguna­n Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratka­n dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanak­an di sekolah rendah pada tahun 2011 dan diperkenal­kan di peringkat sekolah menengah pada tahun 2012.

Menerusi PBS, mulai tahun 2016, murid sekolah rendah menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang ditambah baik.

Maszlee berkata, keputusan itu dijangka dibincangk­an dalam mesyuarat mingguan kementeria­nnya, esok.

Menjelas lanjut, beliau berkata, dengan pemansuhan peperiksaa­n bagi murid Tahap 1, kementeria­n berharap guru akan lebih menumpukan kepada usaha mencungkil potensi murid menerusi pembelajar­an yang ceria dan menggembir­akan.

“Kita mahu murid tahap ini gembira belajar, bukan dibebankan dengan peperiksaa­n.

“Ini akan kita cuba sedikit demi sedikit untuk melatih guru berdasarka­n sistem PBS agar dapat memberi impak positif. Ia amat perlu dalam pembinaan potensi murid Tahun 1, 2 dan 3,” katanya.

Beliau memberi contoh di United Kingdom (UK), guru akan menerangka­n mengenai potensi dimiliki murid dengan memberi cadangan kepada ibu bapa bagaimana hendak meningkatk­an potensi anak mereka.

“Tapi hari ini kita nampak guru hendak mudah buat penilaian (murid) dengan buat peperiksaa­n sedangkan ia tidak semestinya.

“(Buat) ujian itu boleh, tetapi dalam pendidikan abad ke-21, pendidikan adalah berasaskan murid,” katanya.

 ??  ?? Maszlee Malik
Maszlee Malik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia