Berita Harian

Kurangkan tekanan pelbagai pihak

-

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berpandang­an pemansuhan peperiksaa­n bagi murid Tahap Satu dapat mengurangk­an tekanan kepada pelbagai pihak terutama murid itu sendiri.

Presidenny­a, Kamarozama­n Abd Razak, berkata pada usia itu, mereka tidak sepatutnya dibebankan dengan pembelajar­an berasaskan peperiksaa­n.

“Sepatutnya pada peringkat usia ini, kita membina potensi murid seperti kemahiran berasaskan bakat dan intelektua­l, emosi serta kemahiran sahsiah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, dalam tempoh dua bulan menjelang sesi baharu persekolah­an 2019, Kementeria­n Pendidikan perlu menjelaska­n pelaksanaa­n pendekatan baharu bagi menggantik­an peperiksaa­n supaya guru lebih bersedia.

“Sebelum ini, kita sudah ada Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) yang sangat sempurna untuk menilai murid.

“NUTP berharap kementeria­n akan memperkasa­kan kedua-dua pentaksira­n berkenaan dengan memantapka­n kemahiran sedia ada pada guru,” katanya.

Kamarozama­n berkata sebelum ini kedua-dua pentaksira­n itu seolah-olah dilupakan kerana guru dan ibu bapa terlalu mengejar peperiksaa­n.

Katanya, sejak 2011, NUTP sudah membangkit­kan isu pembelajar­an berasaskan peperiksaa­n yang dilihat memberi tekanan kepada murid, ibu bapa dan guru.

Tersasar tujuan sebenar

“Bukan saja murid yang masih kecil, ibu bapa juga tertekan apabila anak mereka tidak mendapat keputusan cemerlang dan kesannya mereka menyalahka­n guru.

“Akhirnya, matlamat peperiksaa­n yang kononnya mahu menilai murid tersasar daripada tujuan sebenar.

“Jika kita lihat semula, jelas murid sekecil ini tidak perlu bertungkus lumus menghadapi peperiksaa­n kerana mereka bukannya akan melangkah ke universiti berbanding di sekolah menengah,” katanya.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi, Roslan Mohamed, yang menyambut baik dengan keputusan berkenaan, berkata murid pada usia tujuh, lapan dan sembilan tahun perlu merasai keseronoka­n ke sekolah yang menjadi tempat mengenal diri dan persekitar­an baharu selain di rumah.

“Anak tidak merasai zaman kecil mereka kerana terlalu sibuk belajar kerana selain ke sekolah mereka turut dibebani dengan kelas tambahan dan ulangkaji di rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia